Cara Buat Sambal Tumbuk Sedap Guna Bilis & Rebung Kantan.

Share

Suka makan nasi bersama sambal tumbuk bilis? Anda boleh cuba Sambal Tumbuk Bilis Rebung Kantan ni. Istimewanya sambal ni tak guna bunga kantan tau sebaliknya menggunakan rebung kantan. Wow..Mesti sedap & padu. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Aisyah

ni. Nampak rare!

 

SAMBAL KANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 pucuk rebung kantan
  • Cili kampung secukupnya – ikut kepedasan yang disukai
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji limau Kasturi – ambil jusnya
  • Bilis goreng secukupnya – anggaran segenggam kecil
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan cili kampung, bawang putih, rebung kantan, garam dan perasa. Tumbuk lumat.

2. Kemudian perahkan jus limau nipis. Gaul rata.

3. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk hingga lumat sekali lagi.

4. Sedia untuk dinikmati.

 

5. Rupa rebung kantan.

 

Kredit resipi & foto: Nur Aisyah

Published by
Nur