Biasa makan samosa dengan bentuk segi tiga. Jom ubah selera dengan membuat samosa pinwheel yang sihat. Kentang pinwheels adalah variasi menarik makanan ringan popular di India. Samosa pinwheels ini menggunakan tepung gandum. Cubalah resipi kudapan ringan ini untuk seisi keluarga nikmati.
SAMOSA POTATO PINWHEELS
Bahan-bahan doh:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
Secubit garam
Gaul rata, masukkan air secukupnya hingga dapat doh yang lembut. Rehatkan 30minit
Bahan-bahan inti kentang:
4 biji kentang(rebus dan lecek)
Isi ayam (rebus)
Daun sup
Cili padi
Lada hitam
Garam
Mushroom seasoning (optional)
Oregano (optional)
Bawang merah cincang @ bawang goreng
Sedikit serbuk cili @ serbuk kari
Gaulkan semua bahan-bahan ini( tak perlu dimasak lagi)
Cara membuat:
1. Canaikan doh
2. Letakkan inti.
3. Gulungkan bahagian hujung letak sedikit air supaya doh melekat.
4. Potongkan doh.
5. Masukkan 1/4 cawan tepung gandum, 1/2 cawan air, secubit garam. Sebatikan. Celupkan doh tadi.
6. Goreng hingga masak.
7. Hidangkan bersama sos cili
Kredit : Nana Ereena