
Jika anda sukakan sandwic, resipi sandwic telur perkongsian saudari NaNie ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!
ROTI SANDWIC TELUR VIRAL
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji telur | direbus dan dilecek
- 1 senduk mayones
- 1 sudu teh lada sulah ajishio

CARA-CARA:
1. Campur semua sekali dan gaul sebati.
BAHAN SAMPINGAN:
- Tomato | dipotong bulat
- Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)
CARA MELAPIS:
- Sapu roti dengan mentega.
- Ambik sekeping roti, letakkan tomato.
- Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur dan letak atas tomato tadi. Ratakan.
- Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan akhir sekali letakkan roti.
- Potong serong 2 atau 4. Siap.
*susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.
Yang ni Nanie potong serong 4 dan masukkan dalam paper cup
Info: Resipi ini adalah untuk inti roti 2 paket jumbo.
Kredit resipi & foto: NaNie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dorayaki Doraemon Pancake Terkenal Dari Negara Matahari Terbit

Cukup terkenal seluruh dunia kerana menjadi makanan kegemaran Doraemon. Pastri atau pancake dari negara Jepun ini asalnya berintikan kacang merah.
Resipi yang sangat mudah hanya perlu dikisar dalam blender untuk dapat hasil yang gebu.
DORAYAKI DORAEMON
BAHAN-BAHAN:
- *3 biji telur
- *1/2 cawan gula
- *1 penutup esen vanila
- *Secubit garam
- 1 sudu besar madu
- 2 sudu besar susu pekat
- 3/4 cawan air
- 2 cawan tepung
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh yis /mauripan
CARA MENYEDIAKAN:
- Blender bahan yang bertanda* hingga sebati.
- Selepas itu masukkan madu dan susu pekat. Blender lagi sehingga naik gebu.
- Kemudian masukkan air, tepung, minyak, baking powder, dan yis. Blender lagi sehingga sebati.
- Tuang kedalam bekas/mangkuk biarkan dalam 5-10 minit.
- Selepas itu suadah boleh panaskn non stick pan menggunakan api yang paling kecil tapi sekata
- Sukat adunan guna sudu yang agak membulat permukaannya.
- Bile sudah letak adunan kedalam pan tutup guna penutup periuk.
- Biarkan sampai permukaan dorayaki nampak kering selepas itu sudah boleh terbalikkan. Tapi terbalikkn sekejap dalam 5 saat dan boleh angkat.
- Buat sampai habis nanti boleh letak filling bluebery, strawbery, kaya, coklat atau peanut.
Sambut Tahun Baru Dengan Hidangan Istimewa Yang Menyelerakan

Tidak lama lagi kita bakal meninggalkan 2022. Pastinya banyak kenangan suka dan duka sepanjang tahun ini. Begitu juga dengan koleksi resipi menarik yang telah anda rasa atau cuba di tahun ini.
Sempena meraikan tahun 2023 yang bakal menjelang tiba, jom cuba resipi istimewa yang boleh anda hidangkan buat keluarga dan tetamu yang bakal bertandang ke rumah nanti.
Chef Brian berkongsi dua resipi istimewa sempena Tahun Baru untuk tetamunya Ah Fad iaitu Strawberry Choux Buns with Perfect Italiano Mozzarella dan yang kedua adalah Cheesy Canneloni Cake Masak Merah. Kedua resipi ini menggunakan keju Perfect Italiano Mozzarella dan keju Perfect Italiano Perfect Bakes. Sangat menyelerakan.
Keju Perfect Italiano Mozzarella memiliki tekstur keju yang lembut dan kenyal serta berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Keju ini memberi regangan sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan.
Untuk resipi Cheesy Canneloni Cake Masak Merah,Chef Brian menggunakan keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Pencinta keju sangat dialu-alukan untuk mencuba.
Untuk hidangan menggunakan topping atau ditabur pada hidangan yang dibakar contohnya nasi atau pasta, keju Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Gabungan daripada 3 keju iaitu, Cheddar yang berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) dan Parmesan untuk memberikan hidangan dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, keju Perfect Italiano Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.
Selamat mencuba semua!!
Strawberry Cheese Choux Buns with Perfect Italiano Mozzarella
Pate a choux:
Bahan-bahan:
125 ml (1/2 cawan) air
60 g (1/4cawan) Mentega Anchor (Unsalted)
1 sudu besar gula kastor
75 g (1/2 cawan) tepung gandum
2 telur
Filling Mozarella:
Bahan-bahan:
250 ml (1 cawan) Susu UHT Full Cream Fernleaf
1/2 sudu kecil esen vanilla
4 kuning telur
30 g ( 2 sudu besar) gula perang
30 g (1/4 cawan) tepung jagung
1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
Coulis strawberi, Icing Sugar
Cara memasak:
1.Untuk choux, panaskan air, Mentega Anchor (Unsalted) dan gula. Tutup api dan masukkan tepung sekali gus. Masak sambil mengacau sehingga mendapat doh lembut dan doh mula mengering. Biarkan doh menyejuk. Pukulkan masuk telur. Masukkan dalam piping bag dan pipe saiz yang diinginkan. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C untuk 20 min. Buka pintu oven dan tutupkan kembali dan bakar untuk 10 min lagi.
2.Untuk filling, panaskan Susu UHT Full Cream Fernleaf bersama esen vanilla. Dalam mangkuk pukulkan bersama tepung jagung, kuning telur, gula kaster. Masak kembali sehingga memekat. Gaulkan masuk Keju Perfect Italiano Mozzarella.
3.Belahkan choux yang disejukkan, isikan dengan coulis strawberi dan filling. Hiaskan dengan gula aising.
Optional : Craquelin
30 g Mentega Anchor (Unsalted), suhu bilik
30 g gula perang
30 g tepung
Lenyekkan Mentega Anchor (Unsalted) bersama gula perang. Gaulkan masuk tepung. Buatkan satu lapisan 2mm dan bekukan 1 jam. Potong ikut bentuk bulat chou dan letak atas adunan chou sebelum dibakar.
Cheesy Canneloni Cake Masak Merah
Bahan-bahan:
1/2 cawan pasta canneloni -dicelur
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 paket Keju Perfect Italiano Mozzarella
1 cawan sos masak merah
1 paket Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
Daun selasih segar
Cara memasak:
1.Susunkan canneloni yang dicelur secara menegak dalam loyang bakar bulat yang telah dioles minyak zaitun.
2.Sumbatkan dengan Keju Perfect Italiano Mozzarella dan daging masak merah.
3.Tuangkan sos masak merah lebihan atas canneloni yang telah disumbat dan taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes.
4.Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C untuk 20 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Sejukkan sebelum dikeluarkan daripada loyang. Hiaskan dengan daun selasih.
Resipi Cottage Pie Citarasa Melayu, Ada Rasa Pedas Cili Padi Baru Sedap

Isi Kandungan
ToggleCottage pie atau shepard pie antara hidangan yang enak untuk makan petang atau malam. Apatah lagi jika hidangan pai gini diolah mengikut citarasa Melayu yang sedikit pedas dan terasa rempahnya.
Sekiranya mahu cottage pie sebegini boleh gunakan resipi yang dikongsi oleh Muliadi Ramli.
Resipi Cottage Pie citarasa Melayu
Bahan A (inti daging)
400g aging kisar Ramly
1/2 biji bawang Holland
5 biji cili padi dipotong
2sb sos cili
1sb sos tomato
1sb serbuk kari
1sb serbuk paprika
Serbuk lada putih
Garam dan perasa
Bahan B (kentang)
5 biji( 400g) kentang – dimasak hingga empuk dan dilenyek
1 cawan susu segar
3 sb mentega
Bahan C
Keju Mozarella
Keju keping Cheddar
Daun ketumbar
Cara membuat:
1. Tumis bahan A iaitu bawang besar, masukkan serbuk kari dan parika dan lada putih. Gaul rata.
2. Masukkan daging kisar, masukkan sos cili dan tomato. Tumis lagi kemudian masukkan cili padi, garam dan perasa. Gaul rata hingga masak. Kemudian ketepikan.
3. Untuk Bahan B satukan kentang dengan susu segar dan mentega. Kacau sebati. Ketepikan.
4. Ambil bekas, masukkan inti daging sebagai lapisan bawah kemudian dilapis dengan kentang.
5. Taburkan keju keping, keju Mozarella di atas lapisan kentang (kalau nak tarik panjang letak lebih). Akhir sekali taburkan daun ketumbar.
6. Bakar suku 200 darjah Celcius bakar selama 10 ke 15 minit bergantung kepada saiz pie dan jenis oven.
Sumber: Muliadi Ramli