Jika anda sukakan sandwic, resipi sandwic telur perkongsian saudari NaNie ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!
ROTI SANDWIC TELUR VIRAL
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji telur | direbus dan dilecek
- 1 senduk mayones
- 1 sudu teh lada sulah ajishio
CARA-CARA:
1. Campur semua sekali dan gaul sebati.
BAHAN SAMPINGAN:
- Tomato | dipotong bulat
- Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)
CARA MELAPIS:
- Sapu roti dengan mentega.
- Ambik sekeping roti, letakkan tomato.
- Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur dan letak atas tomato tadi. Ratakan.
- Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan akhir sekali letakkan roti.
- Potong serong 2 atau 4. Siap.
*susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.
Yang ni Nanie potong serong 4 dan masukkan dalam paper cup
Info: Resipi ini adalah untuk inti roti 2 paket jumbo.
Kredit resipi & foto: NaNie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Menu Yang Sedap & Simple, Sesuai Untuk Bekal Picnic Hujung Minggu Ni.
Pening nak fikir apa menu nak bawak bekal berkelah hujung minggu ni? Jangan bimbang, ini beberapa menu ringkas, mudah, senang buat dan dibawa ke tempat berkelah. Pastinya anak-anak tak sabar menunggu untuk berkelah bersama melihatkan senarai bekal dibawa berkelah semuanya sedap menyelerakan.
SUSHI BITE
BAHAN-BAHAN:
NASI SUSHI:
- 1½ cawan beras sushi
- 2 cawan air
- 1/3 cawan cuka nasi
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu teh garam
BAHAN INTI:
- 2 keping seaweed | dihiris halus
- 1 bij cili merah | dihiris halus
- 3 biji cendawan kering shitake |direndam dan dicincang halus
- 1/2 batang merah | dicincang halus
- 4 batang isi ketam filament dihiris halus
CARA MEMASAK:
- Basuh beras sehingga bersih dan toskan
- Masukkan beras ke dalam periuk dan masukkan air, gula dan garam secukup rasa.
- Apabila nasi masak, gaulkan nasi dengan cuka sehingga sebati.
- Campurkan bahan-bahan inti yang telah dihiris halus ke dalam nasi tadi. Gaulkan sehingga sebati.
- Kepalkan nasi tadi mengikut citarasa anda.
- Sedia untuk dihidangkan.
CONEY DOG
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji roti sosej | belah tengah
- 100gm daging cincang
- 4 batang sosej ayam
- 1 biji bawang holland | dicincang halus
- 2 ulas bawang merah|dicincang halus
- 1ulas bawang putih | dicincang halus
- 4sudu makan sos balognes
- 1 sudu teh serbuk kari daging
- 1 helai daun bay
- Sedikit oregano
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus sosej ayam sehingga lembut dan toskan.
- Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
- Diikuti sos bolognes, daun bay dan oregani. Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Belah roti dan letakkan sosej di tengah.
- Tuangkan sos coney di atasnya dan taburkan bawang besar cincang.
- Sedia untuk dihidangkan.
SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 100gm isi dada ayam
- 5 sudu makan tepung ayam goreng
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4keping roti biasa atau whole meal
- Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
- Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
- Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
- Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
- Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
- Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
KENTANG BAKAR BERISI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji ubi kentang |saiz besar
- 200gm daging kisar
- 1 ulas bawang merah | dicincang
- 1 ulas bawang putih |dicincang
- 100gm keju mozarela | diparut
- 2 sudu kecil mayones
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- Garam secukup rasa
- Daun bawang | dihiris halus
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi kentang sehingga separuh empuk
- Kemudian ubi kentang dibelah dua dan keluar sedikit isi di bahagian tengah.
- Gaulkan isi kentang yang dikeluarkan tadi dengan mayonis dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawah putih, serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging masak. Masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan isi ubi kentang yang telah digaul dengan mayonis tadi ke dalam kentang yang telah di korek.
- Lapiskan tumisan daging di atas lapisan campuran isi kentang dan mayones..
- Taburkan keju mozarela dan daun bawang.
- Bakar selama 12 minit pada suhu 200c.
- Sedia untuk dihidangkan.
ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
BAHAN-BAHAN:
- 12 biji sosej koktel
- 6 keping roti putih
- 200gm serbuk roti
- 1 biji telur ayam
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1.Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
2.Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
3.Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
4.Goreng sehingga kuning keemasan.
5.Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1biji bawang besar| dicincang halus
- 2ulas bawang putih| dicincang halus
- 200gm daging kisar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 100 gm kacang panjang | hiris halus
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 bungkus kulit popia
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Masukkan daging kisar. Gaul rata.
- Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
Resipi Roti Kaya Kukus Homemade. Sangat Lembut & Gebu
Nikmatnya rasa bila dapat makan roti yang lembut dan gebu. Terasa puas bila dipadu dengan air kopi panas. Membuat roti tidak susah jika tahu teknik dan kaedah asasnya.Jika tiada mesin besar, boleh uli dengan tangan atau guna food processor.
Roti kaya kukus
Bahan-bahan:
500gm tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
20gm serbuk santan
45gm gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
5gm yis-BELI ONLINE DI SINI
30gm shortening
sedikit garam
235gm air suam
Cara membuat:
1.Gabungkan ke semua bahan dan uli hingga lembut dan licin.
2.Timbang 60gm setiap 1 doh.
3.Canai dan bentukkan.
4.Masukkan dalam bekas dan biarkan doh kembang dalam 30 minit atas hingga 1/2 paras bekas.
5.Kukus selama 13 minit.
6.Dah siap kukus bolehlah potong dan sapu butter dan kaya.
Sedap kalau dimakan panas-panas.
Kredit: Masak Apa Sedap
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
INGIN MEMBELI MIXER , BOLEH LIHAT DI SINI.
Cheesy Chicken & Mushroom Puff, Boleh Aje Guna Pastri Lapis Segera
Roti Manis Uli Tangan Pun Lembut & Gebu Aje. Ikut Arahan Membuatnya.
Cara Buat Pankek Yang Sedap, Lembut & Super Gebu.
Keluarga anda suka makan pankek yang sedap sewaktu sarapan? Resipi yang dikongsi dari saudari Yus_Rania ni antara yang boleh dicuba. Ia menggunakan bahan-bahan yang mudah malah hasilnya sangat mengagumkan. Tidak perlu lagi beli tepung pankek dalam kotak tu. Buat sendiri tentunya lebih jimat dan berkhasiat.
CARA BUAT PANKEK GEBU & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
- 130gm tepung gandum
- 1/4 sudu teh serbuk vanilla / vanilla cream
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh baking soda
- 1/4 sudu teh garam halus
- 1 1/2 sudu makan gula pasir
- 1 biji telur gred A – dipukul
- 130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit.)
- 2 sudu makan mentega – dicairkan
- Sedikit marjerin – untuk oles pada kuali
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata.
- Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat.
- Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan tuang adunan dengan secukupnya.
- Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah warna menjadi coklat keperangan.
- Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja.
INFO: Jika tiada serbuk vanilla @ vanilla cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla.
5 TIP MEMBUAT PANKEK YANG MENGEMBANG TEBAL DAN GEBU
Pankek! Ia merupakan makanan kegemaran yang biasanya dinikmati sewaktu sarapan pagi. Berita baik kerana pankek ni sebenarnya sangat mudah dibuat. Tidak perlu ada mesin pengadun atau ketuhar pun. Jika bosan dah makan sarapan dengan Nasi Lemak, Nasi Goreng atau kuih muih, menu pankek gebu dan sedap ni puan-puan boleh cuba. Tapi bagaimana nak buat pankek yang gebu, lembut dan sedap? Ini petua-petuanya. Jom cuba.
1. ASINGKAN BAHAN BASAH & KERING
Untuk membuat pankek, ramuan yang diperlukan tidak sukar. Terdapat dua jenis ramuan iaitu bahan kering yang terdiri daripada tepung, serbuk penaik, gula serta garam dan bahan basah iaitu telur, mentega cair dan susu. Pisahkan dua jenis bahan dalam mangkuk yang berbeza. Selepas anda satukan bahan kering, satukan pula kesemua bahan basah dan adun. Kemudian barulah disatukan bahan basah dan kering. Adun rata.
2. ADUN CAMPURAN BAHAN PERLAHAN-LAHAN
Satukan bahan basah dan kering kemudian adun perlahan-lahan hingga sebati. Elakkan kacau berulang kali atau secara berlebihan kerana jika terlebih adun, ia akan menyebabkan tepung membentuk gluten yang keras. Ia akan menyebabkan pankek anda menjadi keras dan tidak gebu.
3. GUNA BAKING POWDER YANG MASIH BARU
Untuk membuat pankek yang lembut, paling penting adalah untuk memberi perhatian kepada kualiti bahan-bahan, termasuk serbuk penaik. Pastikan serbuk penaik yang anda guna adalah yang baru atau sekurang-kurangnya dihasilkan kurang dari 6 bulan. Penggunaan serbuk penaik yang lama akan menyebabkan pankek menjadi tidak naik dan kurang gebu.
4. GUNA KUALI TAHAN LEKAT & MARJERIN
Membuat pankek mempunyai cara yang berbeza untuk membuat lempeng biasa. Apabila memasak lempeng, anda biasanya menggunakan kuali biasa sahaja namun untuk membuat pankek, sebaiknya gunakan gula rata yang tahan lekat. Malah penggunaan marjerin atau mentega juga adalah lebih baik berbanding menggunakan minyak kerana ia lebih cepat panas.
5. JANGAN TEKAN PANKEK YANG SEDANG DIMASAK DALAM KUALI
Pankek sedia dibalikkan bila muncul lubang atau gelembung halus pada permukaan doh. Elakkan menekan pankek ketika dimasak kerana ia akan menjadikan tekstur pankek menjadi kemek, mampat dan tidak gebu. Tuang adunan dan biarkan ia masak. Balikkan sekali lagi dan biar masak sepenuhnya sebelum dinikmati.
Mudah kan nak buat pankek yang enak? Ha…Lepas ni bolehlah hasilkan untuk suami dan anak-anak. Selamat mencuba!