Suka makan Sardin Roll @ Sardin Gulung? Ini ada resipi yang mudah untuk anda cuba perkongsian saudari Ellyna Abdul Aziz. Dengan resipi ni, anda boleh buat stok kuih sejukbeku. Bila rasa nak makan, goreng je. Selamat mencuba!
SARDIN ROLL HOMEMADE FROZEN
BAHAN PASTRY:
4 cawan tepung
1 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam *campur semua
1/4 cawan minyak
2 sudu makan penuh majerin *panaskan sehingga panas sedikit
Air (tambah sehingga terbentuk doh)
CARA MEMASAK:
Ads
1. Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul hingga jadi seakan serbuk roti.
2. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh anggaran masa dalam 5 minit. Bulatkan doh.
2. Bulatkan doh. Tidak mengapa jika permukaan doh tak licin. Rehatkan selama 15 minit dan tutup permukaan bekas dengan kain lembap bagi elak doh kering.
3. Sebelum letak inti, uli kembali doh selamat dua minit. Waktu ni permukaan doh akan menjadi licin.
4. Ambil doh dan bulat-bulatkan mengikut saiz Sardin Roll yang diingini.
5. Kemudian bentukkan doh bentuk bulat bujur seperti buah “pear”. Seterusnya canaikan seperti bentuk dalam gambar dibawah.
6. Untuk bahagian hujung yang tirus, nipiskan sedikit doh. Fungsinya, bila gulung doh nanti tidak perlu letak air untuk lekatkan doh. *(pilihan tip) boleh tambah 1 sudu makan shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam adunan atau masa menggoreng.
7. Sudukan inti dengan secukupnya dan gulung dengan kemas. Ulang langkah hingga doh habis.
Ads
BAHAN INTI SARDIN
1 tin besar sardin
1/2 labu bawang besar – dadu
2 biji bawang putih – cincang
Cili padi/besar-optional
2 sudu makan cili giling-optional
Gula & garam secukup rasa
Perahan limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sedikit sahaja nanti berminyak susah nak untuk letak di doh)
Tambah cili giling dan tumis sampai cili giling separa garing.
Masukkan sardin dan pecah-pecahkan.
Tambah garam, gula secukup rasa dan akhir sekali perahkan limau nipis.
Masak sampai kering. Angkat inti dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum digulung dalam doh.
Hasil Sardin Roll: lebih kurang 48 biji
Tip: Untuk frozen bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180’C/ 10minit. Jika hendak goreng sekejappun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.
Adunan Lempeng Pisang perkongsian saudari Eniza M. Salim nampak sedap dan gebu. Makan panas-panas di waktu pagi atau petang, memang terbaik. Bahan-bahannya ringkas sahaja malah nak masaknya pun cukup mudah. Boleh guna pisang emas. Namun jika tiada, anda boleh sahaja guna mana-mana jenis pisang yang ada. Paling penting, masak sempurna. Barulah sedap lempeng anda masak nanti. Terasa nak makan Lempeng Pisang yang sedap, wangi dan beraroma? Nah..resipi ni sangat sesuai anda cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.
Popia Basah memang sedap. Berinti sayur segar, kulit popia yang lembut serta sos pedas yang enak menjadikan kudapan ini sentiasa menjadi pilihan ramai terutamanya bila ke pasar malam. Kulit popia basah ni berbeza dengan kulit popia yang sejukbeku tu. Kalau nak cuba buat secara homemade, saudari Lenny Hartiny Sapar ada kongsikan resipinya. Sangat mudah dan hanya guna 4 bahan.
CARA BUAT KULIT POPIA BASAH SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1 biji telur putih
Air secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung gandum, garam dan putih telur ke dalam mangkuk. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan jadikan bancuhan seakan adunan cucur. Peram selama 1-2 jam. Tekstur tepung agak kenyal sedikit.
3. Ambil tepung dengan tangan dan sapu nipis pada kuali non-stick hingga rata. Masak guna api kecil dan biar hingga kulit masak.
4. Angkat kulit popia tadi dan ulang langkah sama hingga adunan habis. 5. Sedia untuk digunakan untuk membuat Popia Basah.
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...