Suka makan Sardin Roll @ Sardin Gulung? Ini ada resipi yang mudah untuk anda cuba perkongsian saudari Ellyna Abdul Aziz. Dengan resipi ni, anda boleh buat stok kuih sejukbeku. Bila rasa nak makan, goreng je. Selamat mencuba!
SARDIN ROLL HOMEMADE FROZEN
BAHAN PASTRY:
4 cawan tepung
1 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam *campur semua
1/4 cawan minyak
2 sudu makan penuh majerin *panaskan sehingga panas sedikit
Air (tambah sehingga terbentuk doh)
CARA MEMASAK:
Ads
1. Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul hingga jadi seakan serbuk roti.
2. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh anggaran masa dalam 5 minit. Bulatkan doh.
2. Bulatkan doh. Tidak mengapa jika permukaan doh tak licin. Rehatkan selama 15 minit dan tutup permukaan bekas dengan kain lembap bagi elak doh kering.
3. Sebelum letak inti, uli kembali doh selamat dua minit. Waktu ni permukaan doh akan menjadi licin.
4. Ambil doh dan bulat-bulatkan mengikut saiz Sardin Roll yang diingini.
5. Kemudian bentukkan doh bentuk bulat bujur seperti buah “pear”. Seterusnya canaikan seperti bentuk dalam gambar dibawah.
6. Untuk bahagian hujung yang tirus, nipiskan sedikit doh. Fungsinya, bila gulung doh nanti tidak perlu letak air untuk lekatkan doh. *(pilihan tip) boleh tambah 1 sudu makan shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam adunan atau masa menggoreng.
7. Sudukan inti dengan secukupnya dan gulung dengan kemas. Ulang langkah hingga doh habis.
Ads
BAHAN INTI SARDIN
1 tin besar sardin
1/2 labu bawang besar – dadu
2 biji bawang putih – cincang
Cili padi/besar-optional
2 sudu makan cili giling-optional
Gula & garam secukup rasa
Perahan limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sedikit sahaja nanti berminyak susah nak untuk letak di doh)
Tambah cili giling dan tumis sampai cili giling separa garing.
Masukkan sardin dan pecah-pecahkan.
Tambah garam, gula secukup rasa dan akhir sekali perahkan limau nipis.
Masak sampai kering. Angkat inti dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum digulung dalam doh.
Hasil Sardin Roll: lebih kurang 48 biji
Tip: Untuk frozen bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180’C/ 10minit. Jika hendak goreng sekejappun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.
Teringin makan samosa tetapi tak tau macam mana nak buat? Ini dibawakan secara DIY cara membuat samosa menggunakan kulit popia yang senang sesangat. Kalau ikut langkah demi langkah gerenti jadi punya.
Selain sedap dan ringkas resipinya, apa kata anda buat lebih kemudian frozenkan dan boleh jual di kalangan rakan-rakan. Mana tahu boleh dijadikan bisnes sampingan untuk pendapatan tambahan.SAMOSA SAYUR BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
20 keping kulit popia
1/2 cawan daging kisar
1 cawan hirisan kubis
1 cawan parutan lobak merah
1 biji bawang merah | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Sedikit lada sulah
Minyak masak | untuk menumis
.LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
LANGKAH 2: Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
LANGKAH 3: Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
.
LANGKAH 5: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng Samosa hingga kuning keperangan.
Biasa makan kuih tiram yang kosong. Memang cukup rangup dan leka nikmatinya. Kali ni kita olah dengan meletakkan warna , bukan hanya sedap tapi buat tak henti nak makan.
1.Bancuh hingga sebati(ketepikan). 2.Uli sehingga doh licin.
3.Kalau nak buat warna, bahagikan doh dan lerak warna. Kalau tak nak guna doh kosong saja.
4.Canai hingga nipis dan sapu sapuan tadi bagi rata elok.Setiap lapisan kena sapu sapuan. Lapisan selang seli dengan doh warna. Gulung kemas-kemas, potong serong nipis-nipis.
5. Gelekkan bagi nipis.Goreng dengan minyak sederhana panas.Sejukkan. 6. Gaul gula kastor atau gula halus.Siap
Cucur udang ini comel rupanya, bulat montel. Tak seperti cucur udang biasa resipinya berbeza sedikit. Udangnya tak diletakkan di atas cucur sebaliknya dipotong kecil dan digaul sekali. Memang lagi terasa enaknya.
Cucur udang ini walau montel tapi ia rangup di luar dan lembut di dalam. Cuma untuk dapat bentuk cucur yang bulat ini ada cara menggorengnya.
Resipi cucur udang montel
Bahan-bahan
1 1/2 cwn (190gm) tepung gandum
1 sd kecik yis segera
1 sd kecik garam
1 1/4 cwn air suam
Tauge, kucai, cili merah
Sedikit serbuk kunyit
8-10 ekor udang sederhana besar – buang kulit dann potong kecil
Cara memasak
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Perap selama 20 minit.
2. Rendam senduk bulat dalam minyak sederhana panas, letak adunan cucur dalam senduk (hampir penuh senduk.
3. Masuk senduk dalam minyak dan biar dalam 45 saat sebelum tanggalkan cucur dari senduk.
4. Goreng hingga perang dan toskan.
Tip
-Jangan letak sayuran terlalu banyak supaya cucur boleh kembang bulat
-Boleh juga jika mahu letak udang atas cucur sebelum goreng.
5. Untuk membuat sos cili, sediakan bahan-bahan;
-3 batang cili merah
-1 biji tomato
-3 ulas bawang putih
-Air
6. Kisar semua bahan, masuk dalam kuali bersama dua sudu besar sos cili, satu sudu besar sos tomato dan sedikit gula. Masak hingga pekat.
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...