Cara Buat Sardin Roll Homemade Yang Mudah & Sedap.

Share

Suka makan Sardin Roll @ Sardin Gulung? Ini ada resipi yang mudah untuk anda cuba perkongsian saudari Ellyna Abdul Aziz. Dengan resipi ni, anda boleh buat stok kuih sejukbeku. Bila rasa nak makan, goreng je. Selamat mencuba! 

 

SARDIN ROLL HOMEMADE FROZEN

BAHAN PASTRY:

  • 4 cawan tepung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
    *campur semua
  • 1/4 cawan minyak
  • 2 sudu makan penuh majerin
    *panaskan sehingga panas sedikit
  • Air (tambah sehingga terbentuk doh)

CARA MEMASAK:

1. Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul hingga jadi seakan serbuk roti.

2. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh anggaran masa dalam 5 minit.  Bulatkan doh.

2. Bulatkan doh. Tidak mengapa jika permukaan doh tak licin. Rehatkan selama 15 minit dan tutup permukaan bekas dengan kain lembap bagi elak doh kering. 

3. Sebelum letak inti, uli kembali doh selamat dua minit.  Waktu ni permukaan doh akan menjadi licin.

4. Ambil doh dan bulat-bulatkan mengikut saiz Sardin Roll yang diingini. 

5. Kemudian bentukkan doh bentuk bulat bujur seperti buah “pear”. Seterusnya canaikan seperti bentuk dalam gambar dibawah.

6. Untuk bahagian hujung yang tirus, nipiskan sedikit doh. Fungsinya, bila gulung doh nanti tidak perlu letak air untuk lekatkan doh.


*(pilihan tip) boleh tambah 1 sudu makan shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam adunan atau masa menggoreng.

7. Sudukan inti dengan secukupnya dan gulung dengan kemas. Ulang langkah hingga doh habis.

BAHAN INTI SARDIN

  • 1 tin besar sardin
  • 1/2 labu bawang besar – dadu
  • 2 biji bawang putih – cincang
  • Cili padi/besar-optional
  • 2 sudu makan cili giling-optional
  • Gula & garam secukup rasa
  • Perahan limau nipis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sedikit sahaja nanti berminyak susah nak untuk letak di doh)
  2. Tambah cili giling dan tumis sampai cili giling separa garing.
  3. Masukkan sardin dan pecah-pecahkan.
  4. Tambah garam, gula secukup rasa dan akhir sekali perahkan limau nipis.
  5. Masak sampai kering. Angkat inti dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum digulung dalam doh.

Hasil Sardin Roll: lebih kurang 48 biji

 

Tip: Untuk frozen bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180’C/ 10minit. Jika hendak goreng sekejappun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.

Kredit: Ellyna Abdul Aziz

Published by
Nur