Selalu makan satay yang dicucuk pada lidi dan dibakar tapi yang ini lain sikit, versi satay goreng.
Menu ini boleh jadi lauk atau buat makan pagi bersama dengan nasi impit. Ataupun dihidangkan pada hari istimewa mahupun majlis keluarga.
Menu satay goreng ini adalah resipi turun temurun dari keluarga Nurhayati Malek dan dikongsi untuk kita turut nikmati keenakannya.
Bahan-bahan:
1kg daging batang pinang
10 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 senduk serbuk kunyit
2 senduk gula putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 senduk minyak untuk menggoreng
Sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Hiriskan daging melintang dari uratnya supaya daging lebih mudah empuk. Hiris nipis-nipis.
2. Kemudian cucikan bersih dan toskan airnya.
3. Dalam mangkuk yang berisi daging. Masukkan bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas berserta kunyit. Gaulkan rata. Masukkan sekali dalam satu senduk serbuk kunyit untuk naikkan warna masakan.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Ummi selalu pesan kalau nak buat satay ni tak boleh kurang sangat manis sebab satay boleh jadi masam jika gula terlalu sedikit. Cuma jika mahu kurang juga ikut selera masing-masing lah ya.
6. Setelah disangai, kisarkan kering sehingga halus.
7. Masukkan ke dalam daging tadi. Gaulkan rata. Tutupkan daging. Perapkan selama lebih kurang 4 jam. Jika mahu biarkan semalaman pastikan simpan dalam peti sejuk.
8. Setelah diperap. Masukkan 2 senduk minyak masak dan gorengkan satay tadi. Tutupkan kuali biarkan sehingga daging empuk. Jangan lupa untuk kaupkan selalu di bahagian bawah supaya tidak hangus.
9. Sementara menunggu satay masak bolehlah rebuskan nasi impit atau ketupat segera. Makan sekali dengan kuah kacang.