Cara Buat Sendiri Colek Ayam Mangga Ala Thai, Mudah & Sedap!

Share

Bagaikan terasa masam, manis dan pedasnya Colek Ayam Mangga Ala Thai ni, tapi selalunya bila teringin kita makan kat restoran Thai je kan.

Kali ini apa kata anda cuba sendiri di rumah, kerana Cikgu Afy Al-Habibi sudi berkongsi resipi dan cara membuat menu yang sungguh osem ni secara langkah demi langkah.

Mudah, sedap dan jimat kerana tak perlu lagi ke restoran untuk menikmatinya.

 

COLEK AYAM ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

2 ketul ayam goreng
Daun salad secukupnya
1 cawan parutan mangga muda
Sedikit parutan lobak merah – beli online di sini
2 pokok daun ketumbar | hiris


5-6 biji tomato ceri
3-4 ulas bawang merah | hiris – beli online di sini
2 sudu makan bijan | sangai – beli online di sini
5-6 biji cili padi | hiris – beli online di sini

BAHAN SOS:

5 senduk sos cili Thai – beli online di sini
½ – 1 sudu makan kicap pekat – beli online di sini
½ sudu makan tepung jagung + 1/3 cawan air – beli online di sini
1 cawan air

BAHAN KISAR:

2 labu bawang putih jeruk
Sedikit air jeruk bawang putih
6-8 biji cili padi merah | boleh tambah & kurang ikut selera

 

Dapatkan Ekobee 3 in 1 Intelligent Multi-Cooker With Steam Tray dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bawang putih jeruk berserta sedikit air dan cili dalam pengisar. Kisar dan ketepikan.


2. Dalam periuk, masukkan 5 senduk sos Thai (goncang dahulu baru tuang).

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masukkan bahan kisar.


4. Tuangkan secawan air, kemudian perahkan jusnya ke dalam periuk sos.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Tambahkan 1 sudu makan kicap pekat (tak penuh). Agak-agak supaya kuah tidak gelap sangat.


6. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan 1/3 cawan air.
7. Hidupkan api sederhana, kacau kuah hingga mendidih, tutup api. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Garam gula tidak perlu tambah kerana bahan-bahan sudah manis dan masin.


8. Masukkan ayam yang telah digoreng dalam pinggan, bersama salad, taburkan di atasnya parutan mangga muda dan lobak merah, hirisan cili dan bawang, tomato ceri serta hirisan daun ketumbar. Akhir sekali taburkan dengan bijan sangai dan lengkapkan dengan pencicah.

INFO: Selain sedap untuk colek ayam, sos ini juga sedap untuk sos nasi ayam dan jemput-jemput.

Kredit resipi & photo: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff