Sedapnya serbuk asam ni. Kalau beli buah potong seperti jambu, mangga atau tembikai, letak serbuk asam ni memang lagi sedap. Bagi anda yang nak buat stok serbuk asam dekat rumah, resipi perkongsian saudari Deeya Rostam ni boleh dicuba.

 

RESIPI SERBUK ASAM JAMBU SEDAP

Cara Buat Serbuk Asam Macam Dekat Gerai Jambu Potong

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 tangkai cili kering
  • 1 genggam udang kering
  • 2 inci belacan
  • 1 paket serbuk asam (kepala rimau) @ serbuk asam putih a1
  • 6 sudu gula kasar
  • 1 sudu garam

CARA MEMASAK:
1. Basuh cili kering dan biarkan dalam 20-30 minit untuk tos airnya.
2. Udang kering juga dibasuh. Toskan airnya.
3. Panaskan kuali, sangat belacan, udang kering dan cili kering hingga nampak kering dan berbau semerbak. Pastikan tidak hangit.
4. Bila siap sangai, masukkan ke dalam pengisar kering (blender kering).
5. Masukkan 2 sudu gula dan 1 sudu garam. Kisar hingga hancur.
6. Bila siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Campurkan serbuk asam dan 3-4 sudu gula supaya teksturnya nampak kasar.

IKLAN

Cara Buat Serbuk Asam Macam Dekat Gerai Jambu Potong
7. Serbuk asam sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan bersama potongan mangga, jambu dan tembikai.

Cara Buat Serbuk Asam Macam Dekat Gerai Jambu Potong

Kredit resipi & foto: Deeya Rostam

IKLAN

 

Tercari-cari ‘AIR FRYER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

IKLAN

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Sedap!

Resipi Kuih Tepung Bungkus Sedap Untuk Minum Petang

Cara Buat Burger Malaysia. 1st Time Try Pun Comfirm Jadi.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI