Shepherd Pie memang sedap dimakan namun ramai beranggapan hidangan ini susah nak disediakan. Khas buat anda, RASA kongsikan resipi Shepherd Pie perkongsian saudari Norashikin Hashim. Istimewanya resipi ini diolah supaya kena dengan cita rasa Malaysia dan sangat mudah disediakan. Selamat mencuba!
CARA MASAK SHEPHERD PIE SEDAP
BAHAN KENTANG LENYEK:
2kg ubi kentang russet – buang kulit dan rebus empuk
200gm mentega
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh oregano/rosemary
1/2 cawan susu full cream
2 ulas bawang putih – cincang
1/2 – 1 sudu teh garam – ikut citarasa masing-masing
CARA MEMASAK: 1. Bagi membuat kentang lenyek, selepas kentang empuk, toskan air dan masukkan semua bahan. Lecek hingga tidak berketul. Ketepikan.
2. Bagi membuat sos daging, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan daging kisar dan air. Kacau supaya daging lerai dan tidak berketul. 4. Masukkan lobak merah dan masak hingga empuk. Masukkan juga saderi, cendawan, bawang besar, tomato, ketumbar dan tomato puri. Kacau sebati dan rehatkan campuran sos sebentar. 5. Untuk menyediakan Shepherd Pie, masukkan sos daging ke dalam loyang dan ratakan.
6. Kemudian masukkan lapisan kentang lenyek diatasnya. Ratakan.
Ads
7. Sapu permukaan kentang lenyek dengan kuning telur hingga rata. ( guna 1 biji kuning telur sudah memadai).
8. Bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kadangkala buntu juga untuk memikirkan menu pagi yang tidak menjemukan dan anak-anak pun suka makan. Selain menu berat boleh buat menu sihat dan mengenyangkan ini. Sangat mudah dan bahan-bahannya senang untuk didapati. Kombinasi ubi kentang dan keju mozarella sungguh menyelerakan.
BEBOLA KENTANG CHEESE
3biji kentang
2biji telur(sebiji pun boleh)
1tangkai daun bawang
1biji cili merah(dicincang halus)
1cawan tepung gandum
2cawan serbuk roti
1sudu kecil lada hitam/lada sulah
1sudu besar butter
150g keju mozzarella
minyak secukupnya
Cara-caranya:
1.Rebus ubi dan letakkan sedikit garam.
2.Setelah ubi lembut,bolehlah dilenyekkan.
3.Masukkan tepung gandum setelah ubi lumat.
4.Masukkan telur, daun bawang dan butter.
5.Gaul hingga sebati adunan tadi.
6.bentukkan bola dan leperkan untuk letakkan keju mozzarella.
7.Letakkan bebola tadi ke dalam serbuk roti.
8.Sedia untuk digoreng.
9.Setelah kekuningan boleh angat dan toskan minyak.
Anda penggemar Sandwic Sardin tapi tak jumpa resipi inti yang mudah dan sedap? Boleh cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni. Beliau bermurah hati menunjukkan cara-cara untuk menyediakan Sandwic Sardin yang sedap untuk dimakan sendiri. Sesuai dijadikan bekal ke sekolah atau[un ke tempat kerja. Malah beliau juga menghalalkan resipi ini digunakan untuk tujuan berniaga. Selamat mencuba!
RESIPI SANDWIC INTI SARDIN YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 1 tin kecil sardin (sebarang jenama) Sedikit cili kisar / cili boh Bawang merah (jumlah ikut selera nak banyak mana) – hiris @ cincang Bawang putih (jumlah ikut selera nak banyak mana) – hiris @ cincang 1 sudu teh serbuk pati ayam Gula & garam secukup rasa Lada hitam secukupnya Sedikit kicap 1 keping keju cheddar 1 biji telur Mayones secukupnya Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Tumis cili kisar / cili boh bersama dengan bawang merah dan bawang putih. 2. Bila sudah garing, masukkan sardin bersama sosnya sekali. Kacau dan biarkan sedikit hancur. 3. Masukkan serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap. Sebatikan.
4. Seterusnya masukkan keju cheddar yang telah dicarik. Gaul rata.
5. Kemudian masukkan telur. Ia bertujuan supaya bila makan sandwich, akan rasa kenyang. Kacau telur jangan sampai hancur.
6. Inti sardin siap dimasak. Biarkan sejuk seketika. Pastikan inti tidak terlalu berminyak kerana ia akan membuatkan sandwich jadi tidak nampak sempurna.
7. Masukkan inti sardin ke dalam mangkuk. Campurkan mayones dengan secukupnya untuk rasa sedikit berlemak.
8. Ambil roti dan sapukan inti sardin tadi mengikut cara masing-masing. 9. Sandwic inti sardin sedap sedia untuk dinikmati.
Sedapnya Roti Gulung Sosej ni. Menu mudah yang boleh pikat selera si kecil. Orang dewasa pun suka sebab rasanya yang enak dan tidak renyah untuk dihasilkan. Nak cuba? Resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang terbaik.
RESIPI ROTI GULUNG SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Sosej
Mayones
Sos cili
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan rebus sosej seketika. Angkat dan ketepikan. 2. Ambil roti sandwic dan canai nipis. Buang bahagian kerak tepi dan potong dua. Untuk corak roti bergaris, canai guna roller tat nanas). Buat hingga habis. Ketepikan.
3. Ambil sosej dan belah dua. Hiris kiri dan kanan sosej menjadi jejari halus. Pastikan tidak putus ya. 4. Ambil roti, letak sosej dan gulung. Kemaskan bahagian hujung dengan menyapu sedikit bancuhan telur sebagai gam. Boleh juga guna bancuhan tepung & sedikit air sebagai gam.
5. Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan.
6. Angkat, toskan minyak dan hidang bersama mayonis serta sos cili.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!