Jom buat snek Omapodi homemade sempena sambutan Deepavali. Tentunya perayaan lebih meriah dengan adanya pelbagai sajian enak yang menjadi tradisi turun temurun. Mungkin ada yang kata, beli je. Banyak jual dekat kedai. Tapi lebih istimewa pesta cahaya tahun ini jika anda membuatnya sendiri. Istimewa buat anda, RASA kongsikan resipi snek Omapodi perkongsian saudari Pushpalatha Rama Rao. Rangup, sedap dan sesuai sangat dijadikan kudapan di musim perayaan ini. Selamat mencuba!
RESIPI SNEK OMAPODI HOMEMADE ISTIMEWA YANG SEDAP & MUDAH BOLEH BUAT SEMPENA DEEPAVALI
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan tepung beras – beli online disini
1 cawan tepung kacang kuda – beli online disini
1/4 cawan tepung jagung – beli online disini
1/2 sudu kecil jintan putih (ditumbuk) – beli online disini
1/2 sudu kecil bijan putih – beli online disini
1/2 sudu kecil bijian omam./jemuju – ditumbuk (kalau tak ada, tidak mengapa) – beli online disini
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin planta – beli online disini
Air secukupnya
BAHAN LAIN:
Kacang tanah goreng
Daun kari goreng
CARA MEMASAK:
1. Kacau semua bahan-bahan diatas sampai jadi macam doh chappati.
2. Dengan menggunakan acuan lubang kecil, masukkan doh dan hasilkan muruku kecil yang panjang-panjang. Goreng sehingga kuning keemasan.
3. Campurkan kacang tanah dan daun kari yang digoreng dalam muruku tadi. Campurkan.
4. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Pushpalatha Rama Rao
Nak cari ACUAN MURUKU? Pilih je DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official