Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Hidangan ini adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai-gerai menjaul makanna dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cuba buat menu ni untuk keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOLOK LADA KUKUS & SOLOK LADA REBUS YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili/lada hijau
7 ekor ikan selayang/sardin
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang merah besar
1 biji telur
1 sudu besar kelapa goreng( optional )
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
5 sudu besar santan pekat
RM2 kelapa putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan terlebih dahulu. Setelah masak, toskan dan biar sejuk. Ambil isi sahaja. Tumbuk isi ikan tadi hingga lumat. Ketepikan.
Ads
2. Kemudian, belah tengah cili dan buang biji. Basuh bersih dan toskan.
3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Masukkan dalam bekas lain.
4. Seterusnya tumbuk kelapa sedikit hancur dan tumbuk isi ikan tadi. Campurkan semua bahan termasuk garam dan gula ke dalam bekas dan boleh gaul sebati.
5. Rasa isi solok sebelum disumbat ke dalam cili. Biar ada manis sedikit baru sedap. Jangan masin tau. Isi inti solok ke dalam cili penuh-penuh.
6. Solok boleh dimasak menggunakan dua cara iaitu secara kukus atau rebus. Jika mahu kukus, susun solok di dalam bekas kukusan. Kukus anggaran dalam 10-15 minit.
Ads
7. Jika mahu rebus, susun solok lada tadi di dalam periuk. Rebus guna api kecil selama 5-10 minit.
Dapat bermain dengan tepung untuk membuat doh roti boleh hilangkan stress. Tak percaya boleh cuba nanti. Biasakan menguli dengan guna tangan lebih beri kepuasan. Hari ini kita sediakan bahan doh. Satu doh boleh buat macam-macam, donut,piza ,roti,sosej roll dan sebagainya. Kita buat sosej roll kegemaran anak-anak. Makan panas-panas roti ni memang layan.
Resipi doh: Bahan-bahan: 1 sudu besar gula 1 sudu besar yis-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan susu segar 1 biji telur ¼ cawan minyak jagung-BELI ONLINE DI SINI Campur bahan di atas dulu (diamkan 5 minit) Kemudian masukkan; 3 cawan tepung high protein-BELI ONLINE DI SINI Sedikit garam Gaul guna spatula dulu. Bila dah sebati, boleh guna tangan pula.Uli lagi dalam 10minit.Tutup bekas .Perap 30minit.
Cara membuat: 1.Buka tudung, uli lagi. 2.Masuk sikit tepung untuk mudah lagi uli dan tidak melekat pada tangan. Perap lagi 30minit. 3.Bila sudah mengembang,tumbuk-tumbuk keluarkan angin pada doh. 4.Keluarkan doh.Letak atas papan canai.Leperkan, potong-potong doh dengan pemotong doh.
5.Jangan besar-besar sangat.Doh ni boleh buat macam-macam, simpan untuk petang boleh je nak buat kuih lain.
6.Gulung Panjang doh tadi. Rebus sekejap sosej,kemudian tos.Kena lap sikit dengan tisu dapur supaya nanti nak lilit senang.Kalau berair doh tak melekat kemas. 7. Dah siap gulung. Sapu kuning telur yang dicampur dengan susu cair sikit. 8.Bakar dengan suhu 180 darjah selama 25minit. 9.Bila dah nampak keemasan, keluarkan dari oven.Sapu sikit mentega atas roti biar nampak berkilat. Siap untuk dihidang.
Daging dendeng sering dianggap sebagai hidangan yang sukar disediakan. Gelap, berminyak, dengan rasa manis pedas, ia sering menjadi hidangan tumpuan bila dihidangi sempena Hari Raya, majlis perkahwinan atau untuk makanan harian.Malah hidangan ini menjadi hidangan santapan turun temurun keluarga di raja perak.
Berasal dari Indonesia, daging dendeng juga merupakan hidangan Malaysia yang unik. Di Indonesia, dendeng biasanya merujuk kepada daging kering yang dipotong nipis. Manakala di Malaysia pula, ia membangkitkan imej sebuah hidangan yang berlemak, hitam,dengan daging kering yang kenyal dikunyah.
BAHAN2
Bahan utama
Daging batang pinang (ikut pada kesesuaian jumlah yg perlu bahan tumbuk kasar)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 genggam cili kering
Air asam jawa
Kicap manis
Kicap masin
Minyak untuk menggoreng daging
Bahan perasa (gula,garam)
Cara memasak:
1.Daging direbus selama 30 minit
2.Selepas itu daging yg siap di rebus di hiris nipis dan seterusnya di tumbuk bgi nipis
3.Daging di perap bersama kicap manis dan kicap masin.anggaran agak2 sekata manis dan masinya.
4.Perap selama 15 minit
5.Panaskan minyak dan goreng daging tadi. Setelah garing angkat dan ketepikan dahulu
6.Dalam minyak yg sama tumis semua bahan tumbuk kecuali cili kering. Agak semua bawang dah garing baru masukkan cili kering
7.Masukkan air rebusan daging (agak2 kalau kering masukkan lagi air rebusan)
8.masukkan air asam jawa
9.Sesuaikan rasa dgn gula dan garam
10.agak kuah dah pekat masukkan daging goreng
11.kacau hingga semua kuah terpalit ke semua daging
12.kacau hingga garing dan pecah minyak
13.Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
selamat mencuba!
tip
bahan2 tumis hendaklah di tumbuk kasar.kalau di tumbuk halus nanti tak menjadi rendang ni❤
Walaupun sibuk dengan jadual lakonan serta aktiviti seni yang padat, siapa sangka Zarina Zainuddin ni rupanya sangat handal memasak dan ada menjalankan perniagaan berasaskan makanan. Kalau anda follow IG beliau, anda boleh tengok hasil-hasil masakan air tangan pelakon ini.
Menu yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan tentulah Pulut Kuning dan juga rendang. Wah…Melihat gambar sahaja dah cukup buat tekak rasa teringin nak cuba. Dipetik dari Mstar, Zarina menjalankan perniagaan ini pada mulanya hanya secara suka-suka sahaja.
Namun siapa sangka sajian Pulut Kuning dan rendang beliau mendapat sambutan yang sangat luar biasa! Pelanggannya pun bukan calang-calang. Ada dikalangan selebriti, VVIP dan juga pembesar negara. Patutlah ketika bulan puasa, tak menang tangan dibuatnya sampaikan Zarian terpaksa melantik agen. Wow…hebat sungguh!
Pulut kuning Zarina Zainuddin ini boleh dimakan dengan tiga jenis rendang. Ada Rendang Ayam, Rendang Daging dan juga Rendang Kerang. Malah beliau juga menyediakan Pulut Kuning Berhias. Cantik! Sesuai sangat kalau nak dijadikan sebagai hantaran atau hidangan di aneka majlis seperti ulang tahun perkahwinan atau hari jadi. Bagi yang nak cuba, bolehlah order. Pasti puas hati.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.