Kalau makan di restoren Thai, colek buah ini antara yang selalu kita pesan. Bahagian yang paling sedap dah tentu kuah atau sos colek Thai ini. Gabung dengan buah yang masam-masam lagi mantap rasanya. Confirm kuahnya kita ceduk sampai licin.
Dan jika terasa nak makan colek buah ini di rumah, kita boleh saja buat sendiri kuah ini. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Fia Sofia.
Cara buat sos colek buah Thai
Bahan-bahan
1 cawan air
6 ketul gula Melaka
Sedikit belacan
1 sudu garam
1 sudu sos ikan
4 biji bawang merah-hiris halus
Udang kering
Cili padi ikut citarasa- hiris halus
Cara masak colek buah
1. Masukkan air dan gula Melaka sampai mendidih.
Ads
2. Masukkan belacan, garam dengan sos ikan.
3. Tutup api kemudian masuk bahan lain udang kering, bawang merah cili padi. Kacau sampai sebati.
4. Biar sejuk kemudian boleh mula menyicah dengan apa jenis buah pun.
Ads
Cara buat serbuk colek Thai
Makan colek kena ada juga serbuk colek. Cara buatnya pun senang.
Bahan-bahan
3 biji cili api -buang biji tumbuk dulu cili merah
4 sudu gula
Setengah sudu garam
Ads
Cara membuat
Gaul saja semua bahan ini sampai sebati. Siap boleh hidang dengan kuah colek dan buah-buahan yang ada.
Makan tanpa ada sambal memang tidak lengkap. Dapat pula sambal yang jarang ditemui. Memang boleh bertambah makan.Kalau ada belimbing buluh memang ngam buat sambal bilis ni. Makan bersama dengan ikan goreng panas-panas.Jomlah buat.
SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Cili merah & cili padi – ikut kepedasan yang korang nak
Bawang merah
Belacan (optional)
Cara membuat:
1.Tumbuk bahan-bahan ikut cita rasa anda nak kasar atau halus.
2.Belimbing buluh – hiris bulat-bulat, kalau suka masam boleh lebihkan.
3.Petai dihiris-hiris sahaja (optional).
4.Tumis bahan tumbuk, campakkan belimbing dan petai.
5.Tumis sampai garing dan pecah minyak, perasakan garam dan gula.
6.Siap untuk dihidang.
Anda dan keluarga suka makan steamboat? Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Kalau keluarga ramai, memang agak ‘sakit’ bila nak bayar bil. Tapi jangan risau kerana anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah. Ada dua jenis kuah dan pencicah. Nak cuba buat sendiri secara homemade? Ini resipi kuah dan sos steamboat perkongsian saudari Parmiati Binti Suyudi yang anda kena cuba.
RESIPI STEAMBOAT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Aneka bahan-bahan steamboat yang anda suka ( makanan laut, bebola, kek ikan dan sayur-sayuran)
BAHAN KUAH MERAH / TOMYAM:
4 biji bawang besar – dihiris
1 labu bawang putih – diketuk
8 helai daun limau purut
4 batang serai – diketuk
3 paket perencah tomyam
2 paket perencah Asam Pedas
2 paket perencah Sup Siam
Sedikit udang kering – dikisar halus
Air pati udang secukupnya – ( cara membuat: rebus kulit dan kepala udang hingga mendidih. Kemudian
kisar hingga halus. Tapis ambil patinya)
4 liter air untuk sup
2 sudu makan garam
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
Masukkan serai dan perencah. Tumis seketika. Masukkan air pati udang, air masak, udang kering kisar, garam dan daun limau purut.
Biarkan kuah mendidih. Jika ada kaki ketam, bolehlah direbus bersama.
BAHAN SUP PUTIH:
2 biji bawang besar – dihiris
10 ulas bawang putih – diketuk
2 sudu makan lada sulah
1 ekor kerangka (tulang) ayam
1/2 biji sengkuang – potong 5
1 sudu makan garam
3 liter air
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk, masakkan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga wangi.
Masukkan lada sulah, kerangka ayam, sengkuang, garam dan air. Masak guna api sederhana selama 1 jam.
BAHAN SAMBAL MERAH STEAMBOAT:
10 biji cili merah
10 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit sup putih – untuk mengisar
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
4 biji jus limau kasturi
1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK:
Kisar cili merah, bawang putih dan halia bersama air rebusan sup putih dengan secukupnya. Kisar hingga hancur dan tuangkan ke dalam mangkuk.
Untuk perasa, masukkan garam, gula, jus limau kasturi dan sos cili. Jumlah boleh diubah ikut citarasa.
Memasak jadi lebih mudah jika kita tahu caranya. Salah satu yang boleh dicuba ialah dengan Pes Sambal Belacan ni. Dengan adanya pes ni, kerja memasak hidangan harian seperti Nasi Goreng Kampung, Kangkung Goreng Belacan, Kailan Goreng Belacan, Bihun Goreng dan banyak lagi, menjadi lebih mudah. Hanya satu jenis pes, macam-macam boleh disediakan. Tak perlu dah nak kupas bawang, kisar cili dan sebagainya. Kerja memasak pun jadi lebih cepat. Menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Azima Dandelion.
RESIPI PES SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili padi
2 biji cili merah | nak letak semua cili padi pun boleh
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!