Sos ikan atau nampla sauce adalah sejenis penambah perisa makanan yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng, kerabudan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya. Dikatakan jika lebih besar ikan yang digunakan untuk membuat sos, lebih mahal harga sos ikan tersebut.
Di pasaran, kebanyakan sos ikan yang dijual adalah produk yang diimport dari negara jiran sekaligus menimbulkan rasa was-was tentang bahan serta cara-cara penghasilannya terutamanya bagi masyarakat Islam. Oleh itu, bagi anda yang sellau menggunakan bahan ini, adalah lebih baik jika hasilkan sendiri secara homemade. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.
Ads
RESIPI SOS IKAN HOMEMADE @ NAMPLA SAUCE
BAHAN-BAHAN:
600gm ikan tenggiri
5 ulas bawang putih | dicincang kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya
5 helai daun salam
2 sudu kecil lada hitam
2 cawan air masak
1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
Ads
Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan.
Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sepanjang musim raya ni mesti korang kerap makan daging dan ayam kan. Jomlah kita hidang menu ikan pulak di musim raya ni. Tapi kalau tidak kena dengan gaya kita akan muak dengan resipi yang sama. Ubah gaya masakan dari goreng, berkuah dan bakar untuk menaikkan selera makan.
1. IKAN KERISI MASAK TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kerisi – saiz L
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
4 biji cili merah – hiris
3-4 tangkai cili padi
3sm halia – hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan cili padi.
Kemudian masukkan tauchu, kacau sebentar, masukkan air dan air asam jawa.
Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan ikan goreng, balik-balikan ikan dan angkat.
INFO CHEF: Selain ikan kerisi, boleh juga gunakan ikan kembung.
2. IKAN SIAKAP SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap:
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Garam
Mixed herbs
Daun Rosemary
Cara Perap:
Perapkan ikan siakap dengan bahan perapan.
Panaskan sedikit minyak Zaitun dalam kuali non stick.
Gunakan api kecil, panggang ikan siakap yang telah perap hingga masak.
Letak atas pinggan dan ketepikan.
SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
½ biji bawang Holland- potong dadu
1sudu besar tepung gandum
3 sudu besar mentega
1 biji lemon – hiris menjadi 4 kepingan
200ml susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk mixed herbs
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali non stick dengan api sederhana.
Masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga wangi.
Masukkan tepung kacau sebati.
Masukkan susu, kacau lagi gunakan whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan.
Akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbsdan garam secukup rasa.
Masak sampai sos jadi pekat, kemudian tuang atas ikan siakap.
INFO CHEF: Boleh juga gunakan ikan salmon.
3. KEPALA IKAN MERAH ASAM PEDAS SRI MERSING
BAHAN-BAHAN:
500gm kepala ikan merah
1/2ml air asam jawa
3 biji bendi
2 biji buah tomato | dibelah empat
2 tangkai cili merah/hijau |dibelah dua
5 helai daun limau purut
3 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 batang serai hiris
½ inci belacan
1 inci lengkuas hiris
1inci kunyit hidup hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis semua bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau perlahan hingga garing dan timbul minyak.
Perlahan-lahan masukkan air asam jawa, bila mereneh masukkan kepala ikan dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan tomato, bendi dan cili merah atau hijau.
Biarkan seketika, tutup api dan hidangan.
INFO CHEF: Asam pedas ini tidak menggunakan daun kesum seperti kebanyakan asam pedas.
4. IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru bersaiz besar |dibersihkan dan dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut
1 biji tomato | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 batang serai
1cm halia
1cm kunyit hidup
5 biji cili api
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan yang dikisar halus bersama kelapa parut, tomato, garam dan gula. Gaul hingga rata.
Sumbatkan campuran kelapa tadi ke dalam perut ikan cencaru sehingga penuh.
Bakar ikan di atas pemanggang menggunakan api kecil sehingga masak.
INFO CHEF: Jika sukakan rasa ikan bakar yang pedas, tambahkan jumlah cili api mengikut cita rasa anda. Jika suka, boleh juga menambahkan sedikit cili kering.
5. IKAN TENGGIRI BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN:
3 keping ikan tenggiri
3 helai daun limau purut
4 sudu makan cili kisar
1 kuntum bunga kantan | dihiris halus
3 batang bendi | dihiris serong
Sedikit minyak bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan jus asam jawa
Aluminium foil secukupnya
Sedikit daun pisang untuk mengalas ikan
BAHAN KISAR HALUS:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai| hiris halus
1 kuntum bunga kantan| dihiris
3 biji buah keras
1/2 cm hirisan lengkuas
CARA MEMASAK:
Ikan tenggiri dicuci bersih dan diperap dengan sedikit garam. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan daun limau purut serta jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Potong sedikit daun pisang dan letakkan di atas aluminium foil. Letakkan sedikit sambal dan sapu rata di atas daun pisang.
Letakkan sedikit hirisan bunga kantan dan letakkan sekeping ikan di atasnya. Sapu sebelah atas ikan dengan sambal dan ditabur dengan lebihan bunga kantan dan bendi.
Bungkus ikan tadi dengan kemas dan ulang kaedah sama dengan baki ikan sehingga habis.
Bakar di dalam pemanggang ajaib dengan setiap bahagian dimasak selama lebih kurang 10 minit.
Hidangkan dengan perahan jus limau kasturi.
INFO CHEF: Untuk menyediakan minyak bawang putih, goreng 5 ulas bawang putih dicincang halus menggunakan ½ cawan minyak masak. Tapis minyak tersebut dan boleh digunakan dalam masakan.
6. IKAN PERCIK GAYA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung bersaiz besar
Sedikit serbuk kunyit dan garam
1 cawan santan
1 keping asam gelugur
1 sudu makan tepung jagung |dibancuh dengan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang besar bersaiz sederhana
1 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
15 biji cili padi
1 batang serai |dihiris halus
Secubit belacan
CARA MEMASAK:
Ikan disiang, dicuci bersih dan di kelar-kelar sedikit. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar halus, asam gelugur dan santan. Kacau rata dan masak hingga berwap. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan masak hingga kuah menjadi pekat. Ketepikan.
Panggang ikan tadi sehingga setengah masak. Kemudian lumur dengan kuah percik dan bakar lagi sehingga ikan masak. Ulang kaedah yang sama pada semua ikan sehingga habis.
Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan percik, boleh juga menggunakan ikan selar
Ikan jeruk, hidangan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu. Banyak masakan boleh dihasilkan menggunakan bahan ni bermula dari nasi goreng, dijadikan rencah sayur dan sebagainya. Malah, jika goreng dan makan dengan nasi begitu sahaja pun dah cukup membangkitkan selera.
Ikan jeruk ni biasanya dihasilkan menggunakan ikan tenggiri papan. Ia mudah dibeli namun tak ramai yang tahu cara-cara nak jeruk ikan ni secara homemade. Percayalah, jika buat sendiri rasanya lebih sedap. Bahkan kebersihannya juga lebih terjamin. Jom cuba resipi perkongsian dari Puan Yuss Aisya ni. Moga ia bermanfaat buat semua.
IKAN TENGGIRI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Ikan tenggiri segar
BAHAN PERAP:
Jus limau kasturi/ limau nipis / lemon
Garam secukupnya
Halia – hiris nipis seperti batang mancis
Lengkuas – hiris nipis seperti batang mancis
Sedikit ketumbar biji
Sedikit daun sage ( herba inggeris yang boleh dibeli di pasaraya) – untuk beri aroma kepada ikan jeruk. Tidak wajib guna.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan tenggiri dan potong ikut saiz sepatutnya.
2. Kemudian lumurkan dengan bahan-bahan perapan. Bahan-bahan bertanda (*) digunakan pada kuantiti yang secukupnya manakala garam mestilah bersalut pada ikan. Ia sangat penting supaya ikan dapat diawet dengan elok, tidak busuk dan tahan lama.
3. Isi ikan yang diperap tadi dalam bekas bersesuaian atau dalam beg plastik berzip. Simpan dalam peti sejuk di bahagian bawah.
4. Perap ikan selama 12 jam kemudian bolehlah digoreng dan dinikmati.
INFO MENGENAI TENGGIRI JERUK
1. Daun sage digunakan kerana ia ada aroma yang sangat kuat dan ada khasiat tersendiri. Antaranya ia bersifat remedy, menenangkan dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia sangat sesuai untuk orang berpantang. Ia boleh dibeli di pasaraya terpilih.
2. Untuk menikmati ikan tenggiri jeruk ni, goreng dengan hirisan bawang dan cili. Rasa masam, masin, wangi dan sedap.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.