Bila makan celup tepung, popia atau keropok lekor, mesti digandingkan dengan sos pencicah. Tapi nak jumpa sos pencicah yang kena dengan tekak dan selera sendiri, memang sukar.
Menerusi perkongsian daripada saudari Syarifah Khyra Muhsin, dia sememangnya mengguna resipi dan cara sendiri dalam membuat sos pencicah.
Menggunakan bahan rahsia iaitu nise Kelantan, Syarifah Khyra mengakui rasa sos pencicah ini akan menjadi ketagih apabila sudah memakannya. Pendek kata, jika mentua lalu di belakang pun tak sedar.
RESIPI CARA BUAT SOS PENCICAH
BAHAN-BAHAN:
1 kerek nise Kelantan – beli online di sini 2 senduk lada kisar (saya buat sendiri guna lada kering) 2 senduk cuka makan – beli online di sini 4-5 sudu besar gula pasir – beli online di sini 1 sudu kecil garam – beli online di sini 2 sudu besar asam jawa (lebih kurang segenggam/sekepal – dicampur dengan air)
1. Didihkan air di dalam periuk. Kuantiti air lebih kurang setengah periuk (cukup untuk tenggelamkan satu kerek nise). 2. Masak nise sehingga ia hancur dan larut dalam air. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus.
4. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau lagi sehingga semuanya sebati rasa. Boleh rasa jika ada yang kurang. Biar semua ada manis, masin , masam, pedas.
Ads
5. Dah masak dan larut semua, boleh tutup api. Biar sejuk sebelum dihidangkan.
*apabila sudah sejuk, ia akan menjadi pekat. Sos pencicah ini boleh tahan sehingga 5 bulan jika disimpan dalam peti sejuk.
Asam Pedas Ikan Salmon, Kuah Pekat Rasa Kaw, Memang Sedap! Ada lauk macam ni tak payah dah masak lauk lain.
Resipi Asam Pedas memang cukup terkenal di Melaka. Ada berbagai jenis versi Asam Pedas namun ia terpulanglah kepada kita untuk mengolahnya. Jika biasanya kita masak Asam Pedas menggunakan ikan laut seperti tenggiri, ikan merah, ikan kembung dan sebagainya, kali ini kita cuba pula masak Asam Pedas Ikan Salmon. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Rozi Abdul Razak ini.
RESIPI ASAM PEDAS IKAN SALMON
BAHAN-BAHAN:
Ikan salmon Cili kering kisar – beli online Bawang besar/merah kisar Air Air asam jawa Daun kesum – beli online Bunga kantan Serai Garam – beli online Kiub ayam Tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan cili kering dan bawang besar/merah yang dikisar.
2. Apabila sudah naik minyak, masukkan air asam jawa dan ikan salmon.
3. Masukkan pula sedikit air dan serai.
4. Bila sudah agak menggelegak, masukkan garam dan sedikit kiub ayam.
5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
6. Bagi yang gemarkan belacan, boleh letak sedikit. Akhir sekali masukkan tomato.
Lempeng adalah salah satu masakan yang lazim dihidang ketika sarapan. Bagi masyarakat Melayu, lempeng dimakan dengan sambal sebagai pencecah. Memang sedap apatah lagi kalau lempeng itu lembut teksturnya.
Melalui facebook, Yasmin Fami memberikan resipi bancuhan adunan lempeng menggunakan tiga bahan. Resipi ini menjadikan lempeng lebih lembut dan sangat sedap sehingga menjadi kegemaran anaknya.
LEMPENG 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam
Air panas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Campurkan tepung gandum, telur ayam dan air panas.
2. Bancuh agak cair supaya lebih cantik lempeng itu.
3. Letak sedikit perencah Maggi Cukup Rasa jika suka.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
5. Tuang 1 senduk bancuhan tepung tadi. Biarkan masak dan terbalikkan.
6. Angkat dan ulang sehingga habis adunan.
7. Siap dihidang dengan sambal tumis ikan bilis, madu, atau mentega yang disukai.
Kalau nak buat sendiri menu western di rumah selalu yang teringat chicken chop, lamb chop, fish and chip ataupun spageti. Apa kata tukar sikit selera, cuba buat pula menu berasaskan ikan salmon pula.
Antara yang boleh disediakan sendiri adalah Salmon Grilled Lemon Sauce atau Salmon Panggang Dengan Sos Lemon. Ikan salmon memang sedap kalau dipanggang. Ditambah pula dengan sos lemon pekat, memang gabungan terbaik.
Lagi pun jika makan hidangan salmon di kafe harganya memang mahal, jika dibuat sendiri lebih jimat. jadi boleh cuba Selalu hidangan begini kita makan di kafe, kali ini kita buat sendiri. Caranya pun mudah. Boleh cuba resepi dikongsi oleh Herawati Basri.
Bahan-bahan untuk ikan salmon grill:
Kepingan ikan salmon
Garam
Lada hitam
Mentega
Cara membuat:
Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon, kemudian panggang salmon dengan sedikit mentega. Ketepikan, guna minyak yang sama untuk buat sos.
Bahan sos
Mentega
Bawang putih -cincang
Cooking cream/fresh milk
Sedikit air perahan lemon
1 sudu besar tepung jagung
Serbuk perasa
Parsley – cincang
Cara membuat sos:
1. Cairkan mentega, tumis bawang putih hingga perang.
2. Masukkan cooking cream atau fresh milk, kacau rata.
3. Masukkan tepung jagung, matikan api.
4. Tuang sos dalam blender bersama perahan air lemon. Kisar.
5. Bahan sos siap masuk semula dalam kuali. Kecilkan api dan tambah bahan perasa garam dan juga gula.
6. Bila kuah dah agak pekat, matikan api. Masukkan parsley cincang.Tuang atas ikan salmon grilled tadi.
7. Boleh hidang dengan asparagus goreng dan tomato.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.