Jika anda penggemar hidangan pasta, resipi sos spageti homemade perkongsian dari Chef Sue M Arukin ini tentunya wajib dicuba. Hanya menggunakan tomato ranum dan beberapa bahan mudah lain, anda boleh hasilkan stok sos tomato yang sangat enak ini. Lebih istimewa, ia juga boleh disejukbekukan dan digunakan pada bila-bila masa. Sangat mudah, lebih sihat dan menjimatkan. Jika suka, boleh je tambah sayur-sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak merah, daging, isi ayam kisar ataupun aneka makanan laut kegemaran. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SOS SPAGETI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2kg tomato ranum
2 labu bawang putih | dikisar kasar
Daun thyme segar /kering secukupnya
Daun parsley segar/ kering secukupnya
Oregano segar/kering secukupnya
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
Garam dan gula perang secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan tomato puri – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buah tomato dan kelar seperti dalam gambar.
2. Kemudian panaskan air dan celur buah tomato tadi untuk memudahkan proses membuang kulitnya.
3. Bila kulit tomato sudah terkupas, angkat dan masukkan ke dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak.
Ads
4. Kupas kulit tomato hingga habis.
5. Cincang kasar tomato tadi dan kisar dalam food processor atau blender. Namun jangan sampai terlalu halus dan lumat. Jika tiada mesin, boleh cincang menggunakan tangan sahaja.
Ads
6. Panaskan 2 sudu makan minyak zaitun menggunakan api kecil. Kemudian tumis bawang putih hingga wangi. Pastikan bawang tidak hangit.
7. Kemudian masukkan kisaran buah tomato tadi. Gaul rata.
8. Jika suka, boleh tambahkan tomato puri. Ia bertujuan menjaidkan sos pasta menjadi lebih merah dan kelihatan menarik. Biar kuah mendidih.
9. Seterusnya tambahkan parsley, thyme dan oregano dengan secukupnya.
Ads
10. Akhir sekali, perasakan dengan serbuk lada hitam, lada sulah, garam dan gula perang dengan secukup rasa.
11. Kacau rata dan biarkan pasta hingga mencapai tahap kepekatan yang anda suka.
12. Sedia dihidangkan bersama aneka pasta kegemaran.
INFO: Jika tiada thyme, oregano dan parsley segar, boleh juga gunakan bahan-bahan tersebut yang telah dikeringkan. Boleh juga guna italian herbs.
Korang suka makan bihun goreng Singapore? Mudah sangat nak membuatnya kalau korang yang pertama kali membuatnya pun pasti menjadi. Buat untuk buka nanti gerenti lah ramai suka. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey.Sebab senang sangattt! Makan dengan sambal kicap tau. Adoi menambah-nambah jadinya.
BIHUN GORENG SINGAPORE Bahan-bahan: 3-4 biji bawang merah 5-6 biji bawang putih 1 sudu kecil lada hitam 2 sudu makan udang kering 2 inci halia
bahan-bahan.
Cara memasak:
1.Blender lumat bahan yang tadi. 2.Kopek kulit udang. 3.Rendam bihun hingga lembut(400gm) 4.Kucai dipotong dalam 4cm (rm1) 5.Kalau dah siap kisar. 6.Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown 7.Perasakan. Gula,garam dan serbuk perasa. 8.Masukkan udang 9.masukkan bihun yang dah ditoskan. 10.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.
Suka makan Kuetiau Kungfu? Lepas ni tak perlu lagi nikmati hidangan ini di kedai makan kerana anda boleh hasilkan sendiri sajian KuetiauKungfu yang sedap secara homemade. Cara pembuatannya pun sangat mudah dan menggunakan bahan yang ringkas. Nak buat? Resipi perkongsian saudari Nur Khalida Khalid ni antara yang terbaik. Selamat mencuba!
RESIPI KUETIAU KUNGFU HOMEMADE YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 bungkus kuetiau
3 biji telur
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3-4 ulas bawang putih – dicincang
Sos tiram secukupnya
1 kiub pati ayam
Sedikit garam dan lada sulah
Bancuhan tepung jagung secukupnya – untuk memekatkan kuah
Air secukupnya
BAHAN A:
Isi ayam – dihiris
Udang – dibersihkan
Sotong – dipotong kecil
BAHAN B:
Sayur Pakchoy secukupnya – dipotong
2-3 batang jagung muda – dihiris
Bunga kubis – dipotong kecil
Lobak merah – dipotong kecil
Tomato – dihiris
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang hingga wangi. 2. Masukkan sos tiram dan kiub pati ayam. Gaul rata. Tambahkan air ikut sebanyak mana yang dikehendaki. 3. Seterusnya masukkan isi ayam, lobak merah dan jagung muda. Masak seketika. 4. Kemudian masukkan udang, sotong, bunga kubis dan juga sayur pakchoy. Biarkan mendidih dan sayur separuh masak. 5. Masukkan bancuhan tepung jagung ikut kepekatan yang dikehendaki dan perasakan dengan garam serta lada sulah dengan secukupnya. Jika kuah sudah masin, abaikan penggunaan garam.
6. Untuk menyediakan kuetiau, pecahkan telur dan masukkan sedikit lada sulah. Pukul hingga sebati. 7. Gaul kuetiau bersama bancuhan telur tadi hingga rata.
8. Panaskan minyak sedikit banyak, kemudian goreng kuetiau seakan menggoreng telur dadar. Kuetiau yang garing membuatkan hidangan Kuetiau kungfu jadi lebih sedap.
Spageti Bolognese Meatball adalah antara sajian pasta yang menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Ini dek kerana cara penyediaannya yang mudah, rasa yang sedap dan tidak pedas. Di pasaraya, terdapat pelbagai jenama sos spageti yang ada. Resipi perkongsian saudari Nur Masri menggunakan dua jenis sos pasta tradisional dan juga sos pasta mushroom. Hasilnya memang sangat enak walaupun menggunakan sos segera. Terasa nak makan Spageti Bolognese Meatball? Jom cuba resipi ni.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spageti hingga lembut. Toskan.
2. Untuk membuat sos, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau. 3. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Kacau hingga masak dan air kering. 4. Kemudian masukkan kesemua sos pasta, sos cili, kiub pati daging dan sedikit air. 5. Masukkan juga tomato yang dipotong dadu, cendawan dan daun bay. Tunggu sehingga sos menggelegak. 6. Letak sedikit Italian herbs, oregano, serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api.
7. Hidangkan kuah Bolognese bersama spageti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.