Hanya dengan modal yang kecil, puan-puan dapat menghasilkan sos Sweet Chilli Thai homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat sedap dan boleh jimat banyak. Ada rasa pedas, masam dan manis. Sesuai sangat kalau guna untuk cicah keropok, ayam bakar, udang, sotong celup tepung, kerang rebus dan macam-macam lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sumaiyah Abdullah ni. Pasti puas hati.
RESIPI SOS SWEET CHILLI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah
5 biji cili padi
13 ulas bawang putih
1 cawan gula organik – boleh guna gula biasa
1 sudu makan garam pink
1 sudu makan cuka
Sos ikan secukupnya – boleh abaikan
1 sudu tepung jagung untuk memekatkan sos
Ads
CARA MEMASAK: 1. Masukkan cili merah, cili padi dan bawang putih yang dipotong kasar ke dalam pengisar.
2. Kisar tanpa air. Pastikan tidak kisar terlampau halus kerana kita mahukan kepingan cili yang sedikit kasar.
Ads
3. Dalam periuk bersesuaian, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.
4. Kemudian masukkan cili kisar tadi.
5. Masakkan atas api sederhana besar hingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.
Ads
6. Tunggu sos sehingga sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.
7. Sedia untuk dinikmati. Mudah buat, sedap dan lebih jimat.
Tak lengkap makan tanpa sambal dan ulam-ulaman. Ada setengahnya pula memang buat stok sambal belacan untuk disimpan dan dimakan pada sestiap hari. Boleh dikatakan sambal sebagai pembuka selera . Salah satu sambal yang boleh tahan sedap ialah sambal gesek ni makan dengan ikan goreng dan kicap cap kipas udang , memang boleh habis seperiuk nasi
Sambal gesek
Bahan-bahan:
3 biji lada kecil
1 biji lada besar
1 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa
segengam ikan bilis
Kalau makan di restoren Thai, colek buah ini antara yang selalu kita pesan. Bahagian yang paling sedap dah tentu kuah atau sos colek Thai ini. Gabung dengan buah yang masam-masam lagi mantap rasanya. Confirm kuahnya kita ceduk sampai licin.
Dan jika terasa nak makan colek buah ini di rumah, kita boleh saja buat sendiri kuah ini. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Fia Sofia.
Cara buat sos colek buah Thai
Bahan-bahan
1 cawan air
6 ketul gula Melaka
Sedikit belacan
1 sudu garam
1 sudu sos ikan
4 biji bawang merah-hiris halus
Udang kering
Cili padi ikut citarasa- hiris halus
Cara masak colek buah
1. Masukkan air dan gula Melaka sampai mendidih.
2. Masukkan belacan, garam dengan sos ikan.
3. Tutup api kemudian masuk bahan lain udang kering, bawang merah cili padi. Kacau sampai sebati.
4. Biar sejuk kemudian boleh mula menyicah dengan apa jenis buah pun.
Cara buat serbuk colek Thai
Makan colek kena ada juga serbuk colek. Cara buatnya pun senang.
Bahan-bahan
3 biji cili api -buang biji tumbuk dulu cili merah
4 sudu gula
Setengah sudu garam
Cara membuat
Gaul saja semua bahan ini sampai sebati. Siap boleh hidang dengan kuah colek dan buah-buahan yang ada.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.