Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Oleh itu bagi nak elak dari membazir, ada menu sedap dan mudah yang boleh dihasilkan guna bahan ni. Sosej ayam homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi sebarang perasa tambahan dan ada sayurbagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Naa Rohzurina ni. Memang terbaik!
RESIPI SOSEJ AYAM + SAYUR
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji ubi kentang – dipotong
4-5 keping dada ayam – hiris kecil
2 biji telur
Sayuran kegemaran secukupnya ( empunya resipi letak daun sup dan lobak merah)
1 biji bawang besar – dihiris
4-5 ulas bawang putih – dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
4 sudu makan tepung ubi ( bancuh dengan 1/2 gelas air)
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim ( boleh juga guna plastic tahan panas @ apa-apa jenis plastik yang boleh direbus). Ikat hujung kiri dan kanannya. Rebus dalam 10-15 minit.
Ads
3. Bila masak, keluarkan dari plastik dan boleh digoreng.
Ads
4. Sedia untuk dinikmati. Lebihan sosej boleh disimpan dalam bekas bersesuaian dan disejukbekukan.
Hari ni min nak kongsi tiga resipi dari tanah seberang, tetangga kita Indonesia. Nama aje lain sikit, tetapi sebenarnya banyak dari sajian di sana ada di negara kita. Selera pun sama, serumpun la katakan.
Contohnya opor ayam, , di Johor cukup popular terutamanya di kalangan orang Jawa Johor. Orang Melayu pun dah menganggap lauk ini sebagai lauk tradisional. Begitu juga dengan hidangan Nasi Goreng dan Sup Ekor Lembu atau dikenali buntut di sana memang citarasa kegemaran rakyat Malaysia.
Jadi tunggu apa lagi , jom semak resipi dari Chef Faridul Ataras Abdul Razak dan Chef Ardy Daniel dari Hotel Crystal Crown PJ ini.
1. OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam |dipotong 12 bahagian
500 gm santan segar
3 batang serai |diketuk
4 helai daun salam
6 helai daun limau purut |dicarik
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
3 sm lengkuas
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1/2 sudu teh biji jintan
2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam. 2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati. 4. Masukkan pula santan sehingga mendidih. 5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah. 6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan Masa memasak :25 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini. Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF :Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
150 gm nasi putih
2 biji telur ayam
5 ekor udang harimau
5 keping isi ayam |dihiris
1 ekor sotong putih | dihiris
2 ulas bawang putih | dititik
2 biji bawang merah | dihiris
5 ekor udang kering |ditumbuk
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu teh kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
Keropok udang
Acar mentah
Chicken boxing
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur. 3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi. 4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa 5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF:Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. SUP BUNTUT (EKOR LEMBU)
BAHAN-BAHAN :
1/2 kilo daging lembu
1500 ml air
1 senduk minyak masak untuk menumis
4 biji ubi kentang | dipotong dadu
3 biji lobak merah | dipotong dadu
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
5 ulas bawang putih| dikisar
8 biji bawang merah| dikisar
1 sm halia | dikisar
5 tangkai bunga cengkih
4 biji pelaga
2 biji bunga lawang
10 gm kulit kayu manis
1 sudu teh gula
2 biji tomato/dipotong dadu
2 sm kulit kayu manis
2 ketul stok daging
Bahan tabur :
Bawang goreng
Saderi/ dihiris
Daun bawang dan daun sup /dihiris
CARA MEMASAK : 1. Cuci bersih ekor dan rebus dalam air mendidih selama 15 minit. 2. Buang airnya. 3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, merah bersama rempah bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis. 4. Masukan serbuk ketumbar, jintan dan lada sulah. 5. Tumiskan bahan sampai naik bau. 6. Masukkan ekor dan tuangkan air, rebus selama dua jam 7. Selepas daging empuk , masukkan bahan seperti kentang, lobak dan tomato serta stok daging. 8. Perisakan dengan garam 9. Siap untuk dihidangkan dan taburkan bawang goreng, daun sup, saderi dan daung bawang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 1 jam 15 minit (jika guna pressure cooker) Cara memasak : Tumis dan rebus/reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Jika suka anda boleh memerah limau nipis untuk melazatkan lagi sup dan mengurangkan kandungan lemak. Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Ekor lembu adalah bahagian daging yang susah untuk empuk dan mengambil masa yang lama. Anda boleh memasukkan beberapa biji kurma untuk melembutkan daging semasamerebus.
Ramaikan yang dah ada air fryer dekat rumah, dah masak resipi apa je tu guna air fryer?? Kalau admin memang suka guna air fryer kalau nak goreng ayam supaya jimat minyak, maklumlah harga minyak dah naik ni bolehlah kurangkan guna minyak masak. Mudah sangat resipi ayam cili hijau ni, bahan pun tak banyak yang perlu disediakan untuk hidangan ni, yang paling penting kurang kolesterol dan sedap! boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Azie Surip di Facebook ni. Selain boleh jimat minyak, jimat masa pun ya juga tak perlu nak menunggu ayam masak dalam minyak yang panas, hanya perlu masukkan dalam air fryer dan biarkan masak dengan sendirinya.
AYAM CILI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam potong ikut suka
4 biji cili hijau (bukan capsicum ye) – BELI DI SINI
DapatkanKHIND 3.5L AIR FRYERdengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan codeRASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam, lumur garam & kunyit. Susun dalam airfryer dan masak 30 minit suhu 160. Cukup masa, terbalikkan ayam dan masak lagi 10 minit untuk garingkan
2. Sementara ayam dalam airfryer kita bolehlah kisar kasar cili hijau, 1/2 biji bawang merah besar, sikit halia & bawang putih. 1/2 biji lagi bawang merah tu potong je. Air untuk kisar jangan banyak sangat ye
3. Panaskan sikit minyak. Tumiskan bahan kisar & bawang yang dah potong tu sampai pecah minyak. Masukkan garam & perasa
4. Masukkan ayam yang dah masak dalam airfryer. Gaul semua bahan sampai sebati. Bolehlah tutup api
SELAMAT MENCUBA
KREDIT: Azie Surip
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ayam goreng boleh dianggap lauk yang tak jemu-jemu dimakan. Kali ni RASA nak kongsikan resipi ayam goreng paling sedap. Memang terbaik rasa dia. Resipi ini dikongsi oleh Zana Mokhtar di facebook group RASA Share Resipi. Jom try buat. Nampak sedap betul ayam goreng ni.
AYAM GORENG GERENTI SEDAP
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam (dibelah 4)
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN PERAPAN
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas awang putih
2 tangkai serai
2 inci kunyit hidup (atau 1 sudu kecil serbuk kunyit)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan perapan. Kemudian lumur pada ayam dan perap selama sejam.
Dah siap kisar.
Lumur lepas tu perap sejam.
2. Ayam yang sudah diperap, direbus sehingga nampak siku ayam agak pecah. Angkat dan toskan.
Rebus ayam tadi.
3. Ambil bahan perapan ayam tadi dan lumurkan semula pada ayam.
4. Panaskan minyak masak. Minyak masak kena banyak.
5. Goreng ayam sehingga kekuningan dan angkat untuk dihidangkan.
Pastikan minyak masak kena banyak untuk menggoreng.