1. Panaskan minyak masak anggaran 5 ke 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicincang halus. Dah kekuningan, masuk daun kari. Oh ya, lebih sedap jika guna bawang holand. 2. Masukkan cili api. Dah naik bau harum semerbak tu, tuang bahan pes serbuk kari, sos tiram dan kicap tadi. Kacau dan kacau.
3. Masak sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air. Kacau dan kacau lagi. 4. Masuk sotong. Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat. 5. Masuk garam dan serbuk perasa ikut selera. Akhir sekali, tabur daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa. Siap.
Honey lemon chicken ini kalau buat memang anak-anak akan suka. Tak pedas, rasa masam manis yang sedap. Boleh dijadikan lauk tapi paling best diratah. Jadi pastikan buat banyak. Cara membuat pun mudah, goreng dalam airfryer saja. 20 minit siap!
Resipi honey lemon chicken
Bahan-bahan
Ayam bahagian drummet
Bawang putih -dihiris
Perencah New Orleans
Hirisan lemon
Madu
Cara memasak
1. Bersihkan ayam dan campur dengan hirisan bawang putih.
2. Tabur perencah New Orleans dan sedikit gula jika suka.
3. Perap ayam selama sejam.
4. Susun hirisan lemon dalam airfryer, kemudian susun ayam di atas lemon tadi satu demi satu.
5. Setkan suhu 180 darjah dan masa 10 minit.
6. Selepas 10 minit sapu madu di atas ayam dan tambah lagi 10 minit.
Sesekali tekak terasa nak makan sesuatu juadah, pastinya anda mengharapkan rasa makanan tu betul-betul sedap. Jika sebaliknya, memanglah kecewa. Khas buat para peminat Asam Laksa, RASA kongsikan resipi mudah & sedap yang anda wajib cuba. Kuah dia, perghhh…syok hirup sampai lompat bintang! Jom cuba.
ASAM LAKSA POWER
BAHAN A:
1 tin sardin saiz besar
2 liter air
5 keping asam gelugur
2 sudu makan minyak masak
1 batang serai | diketuk
10 tangkai cili kering | dikisar
5 ulas bawang merah | dikisar
1 inci belacan | dikisar
2 sudu makan pati asam jawa
3 kuntum bunga kantan | belah 4
10 tangkai daun kesum
Garam secukup rasa
BAHAN B:
1kg laksa basah | dicelur
2 biji bawang besar | dihiris
1 batang timun | dihiris
1/2 biji nanas | dihiris
5 biji cili merah | dihiris
5 biji limau nipis | dibelah 2
10 tangkai daun pudina
10 butir telur rebus | dibelah 2
CARA MEMASAK:
Ikan sardin dihancurkan dengan garpu. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis serai dan bahan yang dikisar sehingga wangi.
Masukkan air , sardin, jus asam jawa, asam gelugur, bunga kantan, dan garam.
Bila mendidih masukkan daun kesum dan perlahankan api. Masakkan sehingga agak pekat.
Rebus laksa sehingga lembut dan tos kan.
Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah.
Taburkan hirisan sayur/ulaman dan telur. Hidangkan.
INFO CHEF: Jika suka hidangkan dengan petis (otak udang) yang dicairkan dengan sedikit air panas.
Siapa kata usia 70 an tak cukup kuat menguli doh roti. Cuba tengok ni hasil roti kampung dengan hanya menguli dengan dua belah tangan tanpa mesin penguli.
.
Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Mak Uda Intan , gebunya.
.
ROTI KAMPUNG ,MAK MENTUA
Bahan A
2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung gandum
½ cawan air
*Campurkan semua di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga saiz berganda, bagi mereka yang dah biasa membuat roti pasti tahu kaedah tanzhong
Bahan B
3/4 cawan gula Kastor
4sudu besar marjerin
**pukul hingga sebati
Bahan C
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 biji telur
.
CARA MEMASAK :
Campurkan A+B+1biji telur+3/4cwn air tadi dan kacau sebati.
Masukkan 4 cawan tepung sikit-sikit dan uli hingga jadi doh lembut.
Sekiranya nak gunakan mixer pun ok, tapi mak mentua uli tangan aje.
Biarkan doh rehat dalam 1 jam dan size jadi double.
Bolehlah bakar adunan roti dengan suhu 180 C selama 30 minit.
.
Permukaan roti boleh sapukan planta dan biarkan sejuk sebelum dimakan
Selalu bila makan atau beli pisang goreng kita akan kutip sekali serdaknya untuk dinikmati sekali supaya terasa ranggupnya. Inilah yang menambah keenakan pisang goreng. Cuma jika menggunakan teknik menggoreng pisang yang dikongsi kali ini, kita tak perlu lagi mengutip serdak kerana salutan tepung pisang goreng ini sedia rangup.