Buat sesiapa yang ada lauk basah sotong di dalam peti sejuk, bolehlah cuba resipi sotong masak kam heong ini.
Resipi yang dikongsi Liza Idris ini sangat mudah untuk dimasak dan sekejap saja dah siap.
SOTONG MASAK KAM HEONG
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar udang kering – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 biji bawang besar/holand – beli online di sini
2 inci halia – beli online di sini
(Semua dicincang halus)
6 biji cili padi – beli online di sini
2 tangkai daun kari
Sedikit daun sup untuk hiasan
Sedikit garam dan serbuk perasa
3 ekor sotong viral
TONTON KEK LEMON GLAZE AIR FRYER | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila
TONTON ROTI REBEN GULA | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila
BAHAN-BAHAN PES:
2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
3 sudu besar kicap – beli online di sini
*Campur je semua bahan dalam satu mangkuk
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak masak anggaran 5 ke 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicincang halus. Dah kekuningan, masuk daun kari. Oh ya, lebih sedap jika guna bawang holand.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Masak sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air. Kacau dan kacau lagi.
4. Masuk sotong. Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat.
5. Masuk garam dan serbuk perasa ikut selera. Akhir sekali, tabur daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa. Siap.
Kredit resipi: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: