Teringin makan spegati yang sedap? Jangan nak bazirkan duit, masak je sendiri makanan orang Itali ini di rumah, jimat sikit. Paling murah pun RM10-RM12 untuk sepinggan spageti. Dengan jumlah tu anda boleh beli satu paket spageti dan bahan campurannya sekali. Anda yang bujang dan tak tau macam mana nak masak spageti, ikut je DIY yang ditunjukkan oleh Dilla si bujang yang rajin ke dapur.
SPAGETI LEMAK BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti |rebus dan tos
150ml susu penuh krim
50gm mentega
6 ekor udang saiz XL
50gm cendawan butang dalam tin | hiris
50gm brokoli |dadu kecil
1/2 biji bawang besar | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
Ads
Langkah 1: Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
Langkah 2: Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.
Langkah 3: Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.
Ads
Langkah 4: Kemudian masukkan pula brokoli.
Langkah 5: Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
Ads
Langkah 6: Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus. Gaul rata dan angkat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Masih lagi dalam suasana Tahun baru Cina, min nak share satu resipi masakan cina, dijamin halal, Ngor Hiang. Mungkin anda pernah mencubanya. Isi ayam dan sebagainya dibalut dgn kulit fucuk dan digoreng. Masakan yang agak meriah sebab banyak bahan-bahan digunakan. Selamat mencuba.
Bahan-bahan: 3 bungkus kulit fucuk (dilipat tiga dan potong dpt 12 keping, lapkan kulit fucuk dgn kain utk buang kotoran melekat) 1kg isi ayam didadu kecil 1kg isi udang didadu kecil 1 mangkuk bawang besar dicincang halus 1 labu bawang putih dicincang halus 1 mangkuk carrot hiris halus 1 mangkuk sengkuang hiris halus 1 mangkuk cendawan shiitake hiris halus 1 mangkuk daun bawang hiris halus 2 biji telur Sedikit tepung beras untuk dicampurkan supaya bahan tak basah sgt… 1 sudu besar 5 rempah campuran (5 spices) 2 sudu besar minyak bijan 5 sudu besar sos tiram 2 sudu besar cuka putih 5 sudu besar sos kicap cair 1 sudu besar serbuk pati ayam Sedikit gula, lada sulah dan garam secukup rasa…
Cara memasak:
1.Gaulkan semua bahan mentah terlebih dahulu baru last masukkan telur dan tepung.. bila bahan mentah x basah sgt biarkan perap selama satu jam baru start balut..
2.1 keping fucuk masukkan dua sudu besar dan balut mcm buat popia… tepi kulit sapukan air tepung utk.melekatkannya..
3. Minyak yg cukup dan panas utk mengoreng… goreng dengan api sederhana bila minyak dah panaskan.
Kuih-kuih tradisional di Pahang kian pupus kerana generasi kini sudah tidak ambil peduli tentang pembuatan kuih-kuih tradisional ini. Tetapi di Chenor Pahang , kuih-kuih tradisional ini masih wujud apabila lahirnya usahawan-usahawan kecil yg terdiri daripada surirumah yang menjual kuih-kuih tradisional ini di pekan-pekan sehari dan pasar tani di sini.
KUIH PENA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepong pulut(untuk bintang)
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan Gula
6 cawan santan
2 biji telor
3 helai daun pandan (dimesin dgn kelapa)
sedikat garam
Cara-caranya :-
Kelapa, daun pandan dan telur di mesin dan perah untuk mendapatkan 6 cawan santan.
Campurkan tepung ,gula dan garam.Masukkan santan kacau untuk melarutkan gula.
Tepung pulut dibancuh dengan sedikit air untuk menjadi doh dan dibentukkan bintang.
Daun pisang disapu minyak dan kukus bintang terlebih dahulu selama 3 minit setelah itu tuangkan adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
Setelah masak angkat dan bolehlah dimakan.
KUIH BADAK BERKUBANG
BAHAN-BAHAN:-
1/2 kampit tepung pulut
1/2 kampit tepung pulut hitam
CARA MEMBUAT:
Satukan kedua-dua tepung diatas, bancuh dengan air sehingga menjadi doh.
Bulat-bulatkan isi inti kelapa seperti buah melaka
BAHAN PUTIH:
1 cawan tepung beras
4 cawan santan
sedikit garam
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan dan kacau rata. Ketepikan seketika
Kemudian kukus dahulu tepung hitam berinti kepala dahulu sehingga agak masak. Kemudian tuangkan bancuhan bahagian putih .
Kukus sekejap dan bila sudah masak bolehlah diangkat ‘
KUIH MAHBOB PAHANG / KUIH TAHI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur ayam
1 cawan santan pekat
1 cawan gula putih
3 sudu tepung beras
1 cawan ai
Sedikit pewarna kuning
1 helai daun pandan
Sedikit mentega untuk disapukan kepada loyang.
Bahan untuk tahi minyak
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
Cara membuat tahi minyak. Masak santan pekat dengan sedikit garam sehingga keluar tahi minyak berwarna coklat2 sikit. Sejukkan & tapis tahi minyak sebelum di tabur di atas kuih.
CARA MEMBUAT:
1. Sapu loyang bulat berukuran 8 in diameter dengan mentega.
2. Masak gula, daun pandan & secawan air tadi hingga hancur kemudian sejukkan.
3. Goreng tepung beras hingga kuning dan sejukkan.
4. Panaskan periuk kukusan. Bila air gula dan tepung dah sejuk, pecahkan telur dalam mangkuk ( jangan lupa basuh dulu telur & buang tali pusatnya) masukkan santan pekat dan air gula, kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau lagi perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewarna kuning kacau untuk ratakan.
6. Tapiskan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Setelah potong hiaskan tahi minyak yang digoreng dengan sedikit garam diatasnya.
Nasi tak habis? Buat nasi goreng pun dah jemu nak buang sayang. Ini RASA bagi idea yang tak membazir dan gerenti anak-anak korang suka kalau sekali sekala dibekalkan dengan menu sesedap ini, Ideanya, cuba korang buat Nasi Kepal menggunakn nasi sejuk yang berlebih itu. Yang penting cara membuatnya sangat mudah dan korang boleh variasikan isiannya ikut cita rasa anak-anak. Boleh je letak ayam, sosej, sayur atau keju seperti resipi dikongsikan hari ini nasi1.
NASI KEPAL BERKEJU BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi
1 biji telur
Seddikit keju parut
1 sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
Lada sedikit
Keju Cheddar | potong dadu
Serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK: nasi2.
1. Campurkan nasi, telur, garam, lada sulah dan puritan keju, gaul rata supaya semua bahan bercampur. nasi 3.
2. Ambil satu senduk nasi kemudian leperkan dan masukkan ketulan keju tadi. Bulatkan seperti bola, kemudian gaulkan dalam serbuk roti. Lakukan hingga adunan habis. nasi 4.
3. Panaskan minyak secukupnya, goreng nasi kepal hingga berwarna perang keemasan. Nasi Kepal sedia dihidangkan dengan sos pilihan korang.