Teringin makan spegati yang sedap? Jangan nak bazirkan duit, masak je sendiri makanan orang Itali ini di rumah, jimat sikit. Paling murah pun RM10-RM12 untuk sepinggan spageti. Dengan jumlah tu anda boleh beli satu paket spageti dan bahan campurannya sekali. Anda yang bujang dan tak tau macam mana nak masak spageti, ikut je DIY yang ditunjukkan oleh Dilla si bujang yang rajin ke dapur.
SPAGETI LEMAK BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
Langkah 1: Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
Langkah 2: Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.
Langkah 3: Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.
Langkah 4: Kemudian masukkan pula brokoli.
Langkah 5: Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
Langkah 6: Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus. Gaul rata dan angkat.