Kalau pergi Vietnam, tak sah kalau tak makan spring rolls sana kan? Sekarang ni korang boleh cuba buat sendiri. Resipi daripada Chef Sue M Arukin ni senang sungguh nak dibuat. Segar pulak tu. Korang boleh cuba buat di rumah dan feeling macam makan kat Vietnam. Cubalah.
BAHAN SPRING ROLLS
6 keping kulit popia Vietnam (rice paper wrapper)
200 gram suhun | celur
200 gram dada ayam | rebus dan siat-siat
10 ekor udang sederhana | rebus, belah dua
5 helai daun salad
1 biji timun | buang empulur, potong memanjang halus
1 batang lobak merah | hiris memanjang halus
1 pokok daun ketumbar | cencang kasar
1 pokok daun bawang | potong memanjang
CARA MEMBUAT SPRING ROLL
BAHAN SOS
1 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan cencangan bawang putih
5 sudu makan sos hoisin
5 sudu air rebusan ayam
1 sudu makan mentega kacang
1 sudu makan gula
1 sudu makan kacang tanah sangai | tumbuk kasar
CARA MEMBUAT SOS
1. Panaskan minyak sayur dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi tapi jangan hangus.
2. Tambah sos hoisin, air rebusan ayam, mentega kacang dan gula.
3. Didihkan sehingga semua bahan sebati dan pekat. Tuang ke dalam mangkuk dan taburkan dengan kacang tanah sangai yang telah ditumbuk kasar. Ketepikan.
Selamat mencuba!