Apa cara untuk menyedapkan masakan? Selain menggunakan serbuk perasa, kaedah ini menyedapkan masakan iaitu dengan menggunakan air rebusan udang. Air rebusan udang rasanya manis dan lebih tahan lama berbanding dengan rebus semata-mata.
Menurut Siti Hazneza Abdul Hamid, air rebusan udang boleh digunakan untuk buat kuah mi Hokkien Pulau Pinang (berkuah, bukan goreng seperti di Kuala Lumpur); mi Jawa; pasta kuah putih dengan makanan laut dan nasi berperisa.Boleh dipelbagaikan dengan menambah bawang putih, lada hitam/putih dan cili.
Cara membuat:
1.Kulit dan kepala udang dibasuh bersih dan ditoskan. Lebih kering lebih baik.
2.Panaskan minyak dalam kuali/ periuk.
3.Masukkan kulit dan kepala udang dalam minyak yang sudah panas.
4.Goreng sehingga air kering (jika masih berair) dan warna kulit udang berubah
5.Tambah air sehingga hapus kulit udang.
6.Apabila sudah mendidih, renehkan untuk seketika (5-10 minit)
7.Tapis air rebusan.
8.Tapisan pertama, warna air rebusan agak jernih/ cair.
9.Masukkan kulit dan kepala udang dalam blender dan mesin kasar dengan sedikit air.
10.Cukup sekadar begini, tidak perlu terlalu halus.
11.Tapis air kisaran kulit dan kepala udang.
12.Warna air kisaran lebih pekat dan lebih berperisa.
13.Boleh simpan dalam tempat sejuk beku dan guna apabila perlu.
Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official