Cara Buat Stok Pati Kurma Homemade Untuk Sahur.

Share

Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu dan ia boleh terus boleh minum. Nampak simple tetapi minuman ni boleh buat perut anda rasa kenyang dan mampu bertahan sampai waktu berbuka. Nak cuba resipi perkongsian saudari Nadiah Latfi

ni? Jom tengok cara-cara penghasilannya.

 

CARA BUAT PATI KURMA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Buah kurma

 

CARA MEMBUAT:

1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.

2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.

3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.

4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.

6. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nadiah Latfi

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI NI:

https://www.rasa.my/aneka-resipi-menu-sahur-yang-mudah-sedap-untuk-30-hari/

Published by
Nur