Ikan atau ayam goreng yang dimasak menggunakan pes kunyit homemade memang lebih enak. Aromanya yang wangi, sangat membuka selera. Jika di rumah anda ada tanam atau beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak, boleh cuba buat stok pes kunyit untuk masakan perkongsian saudari Syiqah Jaafar ni. Boleh tahan berbulan-bulan. Berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT STOK PES KUNYIT HOMEMADE UNTUK MASAKAN BERGORENG
BAHAN-BAHAN:
- 2 labu bawang putih
- 300gm kunyit hidup
- 1 bungkus garam halus
- 3 inci halia
- Serbuk kunyit secukupnya – jumlah agak-agak. Fungsinya untuk jadikan pes kurang berair
- Sedikit air
CARA-CARA:
1. Bersihkan dan kikis kulit halia, kunyit. Basuh dan toskan.
2. Satukan kunyit, bawang putih, halia dan sedikit air ( sekadar cukup untuk lumatkan bahan kisar) ke dalam pengisar. Kisar halus.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
4. Masukkan pes kunyit dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Pes ni boleh tahan berbulan-bulan dan sesuai untuk masak aneka makanan bergoreng.
Kredit resipi & foto: Syiqah Jaafar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara
Sedapnya Asam Pedas Rebus Stail Utara perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Ringkas sahaja bahan-bahan serta cara memasaknya tetapi rasanya memang padu. Bagi anda yang suakkan juadah yang pedas, masam serta tidak berminyak, menu ini tentunya menjadi pilihan. Dijamin tidak muak. Jom cuba masak.
RESIPI MASAK ASAM PEDAS REBUS STAIL ORANG UTARA
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung
2-3 batang serai – diketuk
Sedikit daun kesum
4 keping asam gelugur – beli online disini
1/2 sudu makan gula
1 sudu makan (penuh) garam
Bahan perasa
Bendi
Sedikit air untuk kuahnya (boleh letak ikut selera. Empunya resipi letak air 1 1/2 jug blender)
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar – beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
10-15 tangkai cili kering (bergantung pada kepedasan cili) – beli online disini
Belacan sebesar ibu jari – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan air.
2. Masukkan juga gula, garam, bahan perasa, daun kesum, serai dan asam keping. Renehkan atas dapur hingga mendidih ganas.
3. Biarkan kuah mendidih lama supaya asam keping dapat kembang elok.
4. Kemudian masukkan bendi dan ikan. Biar hingga ikan dan bendi masak.
5. Bila keduanya telah masak dan perasa telah sempurna, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Sedap! Resipi Keli Bakar, Air Asam Kerisik & Kacang Panjang Tumis
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Sedap, Likat Memang Kaw. Masak Laksa Utara Macam Ni Barulah Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Menu Sihat Untuk Seminggu
Anda ingin memulakan diet sihat dan masih tercari-cari menu yang mudah dan sedap? Berikut RASA bawakan lima resipi ringkas yang bebas santan dan minyak. Jika cuba gerenti anda tidak menyesal. Jom kita mulakan sekarang.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 3cm halia
- 2 sudu rempah sup
- 1 paket stok ayam
- 1 tangkai daun sup | racik
- 1 batang daun leek | potong kasar
- ½ biji lobak merah | potong kasar
- 5 biji tomato ceri
- 10 biji bebola ikan
- 10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- Lada sulah secukupnya
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
- Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
- Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.
SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 3 ulas bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 2.5cm halia | hiris
- 3 biji kentang | potong empat
- 1 batang lobak merah | potong
- 500gm suhun
- Garam dan bahan perasa secukupnya
- Air secukupnya
- Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan |racik
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
- Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
- Setelah kentang empuk, kecilkan api.
- Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
- Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
- Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
- Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap
- 4 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 10 batang cili kering
- 2cm kunyit hidup | separuh racik
- 3 keping asam gelugur
- 1 batang serai | titik
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang bunga kantan| racik
- Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
- Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
- Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
- Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
- Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam| potong kecil
- 2 biji limau nipis | ambil air
- 10 batang pucuk daun kemangi | racik
- 2 ulas cili merah | racik
- 1 biji tomato | potong dadu
- 4 batang daun salam | hiris
- ½ sudu teh gula pasir
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
- Daun pisang secukupnya | sapu minyak dan layurkan sedikit
- Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang cili merah
- 2cm kunyit
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
- Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
- Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
- Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
- Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan merah | saiz sederhana
- 200ml air asam jawa
- 2cm kunyit
- 5 ulas cili merah
- 5 ulas cili padi
- 1 batang serai | dititik
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ikan merah dicuci bersih.
- Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
- Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
- Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
Meleleh Liur Dengan Patin Masak Tempoyak
Sesuai dengan musim durian ni, menu tempoyak jadi kemestian. Tak kira sama ada tempoyak di makan begitu sahaja bersama sambal mahupun dibuat gulai semuanya pasti membuka selera. Kesedapan gulai ini adalah terletak pada penggunaan tempoyak dan jenis ikan patin yang digunakan. Tempoyak baru kurang menyengat rasanya berbanding menggunakan tempoyak lama. Nak sedap rasa dan berlemak lagi, pilihlah ikan patin buah. Rasanya nyata berbeza.
PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN- BAHAN :
1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
1 batang timun tua
7 – 15 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masukkan cili api, kunyit dan tempoyak ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan sedikit air. Jika suka pekat boleh tambahkan tempoyak. Jika suka pedas boleh tambahkan lagi cili api.
2. Masukkan bahan yang sudah dikisar kedalam periuk dan bukak api.
Tambahkan air ikut cita rasa masing-masing.
3. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
4. Bila sudah mendidih baru masukkan ikan dan timun tua. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Jika tempoyak kurang masam boleh tambahkan dengan sekeping asam keping.
6. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
7. Siap dihidangkan bersama nasi panas.
*Masak ikan patin ini, lagi pekat kuah tempoyak lagi sedap.
Kredit: Sis Mas
Dua Sajian Baba Nyonya Warisan Berzaman. Serasi Tekak Melayu
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.