Tak lengkap hidangan Melayu tanpa sambal. Kalau nak tahu, Sambal Kelantan ini memang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Ia sesuai dimakan untuk semua jenis nasi. Kalau pernah rasa kenduri di Kelantan, ha…inilah sambalnya. Sekali buat dalam jumlah yang banyak kerana sambal ini boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama disimpan lagi sedap.  Jom cuba. Anda pasti kagum dengan rasanya.

RESIPI SAMBAL KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 6-7 biji cili merah
  • 1 genggam cili api ( hijau & merah)
  • 6 biji limau kasturi (kisar sekali dengan kulit)
  • 1 biji bawang besar bakar
  • 6-7 ulas bawang putih bakar
  • 1/2 cawan cuka 
  • 1 keping manisan kampung
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara Buat Stok Sambal Kelantan Untuk Sebulan Berpuasa

Ads

CARA-CARA:

1. Satukan semua bahan dan kisar hingga hancur.

Cara Buat Stok Sambal Kelantan Untuk Sebulan Berpuasa

2. Bila siap kisar, simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk supaya sambal tahan lama.

Ads

Cara Buat Stok Sambal Kelantan Untuk Sebulan Berpuasa

INFO: Sambal Kelantan tidak menggunakan belacan dan tidak perlu letak air masa kisar.

Ads

 

Kredit resipi & foto: Rohaya Rose

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI