Cara Buat Sup Sayur Sedap & Berkhasiat.

Share

Ramai yang suka sup sayur dan ramai yang boleh memasaknya. Tapi tahukah korang ada beberapa rahisa yang boleh jadikan sup sayur lebih sedap, cukup rasa dan kaya dengan khasiat nutrisinya.  Berikut empat tip boleh korang cuba, sangat mudah dan hanya perlu dipraktikkan sahaja.

Pastikan Bahan Asas Mencukupi

Bawang merah dan putih adalah bahan perencah asas yang digunakan dalam kebanyakan jenis sup, termasukkan sup sayur. Oleh itu tumis bawang merah dan putih hingga wangi atau lembut sebelum disebatikan dengan kuah sup  Sebatian bawang inilah yang memberikan rasa dan aroma sup sayur.

Masa Masak Tidak lebih 15 Minit

Sup sayur yang sedap tidak memerlukan masa memasak yang lama, waktu paling idea adalah 15 minit, sudah mencukupi.  Lagi kecil potongan sayur lebih cepat  masak. Perlu diingat  sup sayur perlu dimasak menggunakan api sederhana.

 Rasa Masin Sup Pada Waktu Sesuai.

Elakkan merasa sup semasa panas mendidih, kerana pada waktu ini sup akan rasa kurang masin, ia mendorong korang menambah sedikit lagi garam. Tetapi bila dirasai semula selepas sup sedikit sejuk, ia menjadi sedikit masin. Sebaiknya rasa sup sayur sebelum menambahkan bahan perencah dan perasa diperlukan.

Menggunakan Perencah Ayam Atau Ikan Bilis

Sup yang sedap datangnya dari kuah yang sedap, oleh itu tambahkan sedikit perencah pati ayam atau ikan bilis. Ia membantu sup menjadi lebih sedap dan berasa.

 

 

Published by
Norasida Myasin