Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi perkongsian saudari Siti Zarina Jaidon yang mudah dan boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Hasilnya sama seperti Taufu Fa yang dibeli di Bazar Ramadan. Cubalah.
CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE
BAHAN A: • 440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya ) • 3200 ml air
CARA MEMASAK: 1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton. 2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan. 3. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah. 4. Setelah air soya dirasakan cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dipegang. Contohnya; jug air. BAHAN B ( CAMPURAN GDL): • 1 1/2 sudu teh GDL (beli online disini) • 1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung (beli online disini) • 3 sudu besar air soya yang belum dimasak CARA MEMBUAT: 1.Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati. 2.Sudu yang digunakan untuk menyukat bahan adalah sudu untuk sukatan kek. Boleh diperolehi di bakeri.
CARA MEMBUAT TAUFU FA: 1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus)
Ads
2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas.
3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu.
4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk.
5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.
6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka. BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak
• Air • Gula/gula melaka • Daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis. 2.Tapis dan sejukkan.
INFO: • Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap. • Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya. • Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
Suka makan puding coklat? Cubalah resipi Puding Roti Coklat perkongsian saudari Norhayu Hanafi. Hanya guna bahan-bahan yang simple dan mudah didapati. Jika dekat dapur ada roti sandwic yang tak habis, sesuai sangat cuba resipi ni. Nampak sedap kan? Makan sejuk-sejuk memang layan habis. Jom cuba!
PUDING ROTI BERCOKLAT
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar – rebus dengan 4 cawan air ( agar-agar harga RM2.50 lebih kurang)
BAHAN KISAR:
6 keping roti sandwic
2 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
Esen vanilla
2 sudu makan planta
Secubit garam
1 sudu makan milo @ serbuk koko untuk warnakan adunan
CARA MEMASAK:
1. Rebus agar-agar bersama air hingga larut.
2. Kisar bahan-bahan yang lain hingga hancur. Kemudian masukkan ke dalam larutan agar-agar tadi. Biarkan mendidih kemudian padamkan api.
3. Jika rasa nak lebih manis, tambahkan gula atau susu.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko atau milo. Satu lagi dibiarkan pada warna asal.
5. Lapiskan puding dalam bekas bersesuaian.
6. Sejukkan hingga keras sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Lapiskan semasa adunan masih panas. Bahagian coklat dan adunan biasa tidak akan bercampur kerasa teksturnya yang pekat.
Anda suka makan Ayam Madu macam di restoran Nasi Kandar? Jom cuba masak sendiri Ayam Madu ala Mamakperkongsian saudari Adnil Sam. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup untuk membayangkan keenakannya. Jom cuba! Tak perlu lagi nikmati di restoran. Anda sendiri boleh masak hidangan enak ini di rumah.
Sebut sahaja pretzel, pasti ramai terbayang aneka roti lembut berpilin tu kan? Ada macam-macam perisa. Kalau sesekali ada sale, 5km beratur pun ramai yang sanggup. Bagi yang belum pernah rasa atau nak cuba buat sendiri, resipi Pretzel homemade perkongsian saudari Lalola Lilo ni boleh anda cuba. Jimat, sedap dan bolehlah makan puas-puas.
CARA BUAT PRETZEL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN( untuk 8 hidangan)
1 1/2 cawan air suam
1 sudu makan garam
1 sudu makan gula
1 paket yis kering
4 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu makan minyak (boleh guna minyak zaitun)
2/3 cawan baking soda
2 biji telur
Garam kasar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 230°c.
2. Dalam mangkuk, satukan air suam,sedikit garam dan gula. Kacau sampai larut. Kemudian masukkan yis. Rehatkan selama 5 minit (sehingga berbuih).
3. Masukkan tepung gandum dan 2 sudu makan minyak. Uli sehingga jadi doh.
4. Angkat sementara doh, sapukan lebihan minyak tadi pada mangkuk yang sama dan letakkan doh semula (tujuan supaya doh tak melekat pada mangkuk bila mengembang)
5. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan rehatkan sejam.
6. Selepas sejam, bahagikan doh kepada8 bahagian. Gelekkan setiap bahagian jadi bentuk tali panjang dan buat bentuk pretzel.
7. Dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan baking soda. Rebuskan doh pretzel tadi dalam 30 saat setiap belah.
8. Pindahkan pretzel ke baking sheet, sapukan telur di permukaan atas pretzel dan taburkan garam kasar.
9. Bakar dalam 10-15 minit atau sehingga kuning keemasan. (Boleh tukar perisa apa kita nak buat ikut citarasa) selamat mencuba!
Nota RASA: Resipi diatas adalah yang telah ditranslate dari resipi asal ( resipi luar negara). Bahan-bahan seperti garam kasar mungkin berbeza dengan garam kasar di Malaysia ( dari segi kemasinannya). Oleh itu, anda boleh sesuaikan perasa pretzel anda mengikut citarasa dan kesesuaian bahan yang ada.