Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi perkongsian saudari Siti Zarina Jaidon yang mudah dan boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Hasilnya sama seperti Taufu Fa yang dibeli di Bazar Ramadan. Cubalah.
CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE
BAHAN A:
• 440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
• 3200 ml air
CARA MEMASAK:
1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton.
CARA MEMBUAT TAUFU FA:
1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus)
2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas.
3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu.
4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk.
5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.
6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka.
BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak
• Air
• Gula/gula melaka
• Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis.
2.Tapis dan sejukkan.
INFO:
• Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap.
• Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya.
• Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
Kredit resipi & foto: Siti Zarina Jaidon
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official