Antara makanan yang paling popular di pasar malam adalah Taufu Fa. Kalau dahulu dimakan bersama gula putih, tetapi sekarang resipinya dipelbagaikan untuk pilihan pembeli. Selain gula putih, ada juga gula Melaka dan Taufu Fa yang diperisakan dengan perasa pandan. Memandangkan Taufu Fa adalah favourite admin, terasa nak berkongsi resipinya hari ni. Sebenarnya tidaklah susah, cuma memerlukan kesabaran dan sedikit masa untuk membuatnya. Esok hari cuti, mungkin anda boleh mencuba resipi ini di rumah.
TAUFU FA ALA PASAR MALAM
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
150 gram kacang soya
1 liter air
1 1/2 sudu besar tepung jagung *
1/2 sudu kecil sekko /GDL*
1/2 cawan air *
2-3 helai daun pandan
BAHAN AIR GULA:
Ads
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula putih
3 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Rendamkan kacang soya selama 4-5 jam. Kemudian asingkan kulitnya.
Bersihkan kacang soya dan dikisar bersama 1 liter air. Tapis menggunakan kain nipis.
Masak air soya dengan daun pandan sehingga mendidih.
Sementara itu, satukan bahan-bahan bertanda *.
Apabila air soya sudah mendidih, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan masukkan bahan-bahan bertanda * tadi. Kacau dan tutup bekas.
Tunggu sehingga ½ -1 jam. Jika Taufu Fa anda sudah ‘kental’, bermakna ia boleh dimakan.
Untuk menyediakan bahan air gula, Didihkan semua bahan dalam periuk. Matikan api apabila sudah sedikit pekat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda suka makan salad tapi tak tau macam mana nak buat sos sedap macam makan kat restoran makanan barat tu. Jangan risau sebenarnya sos campuran untuk makanan pembuka selera yang sihat ini mudah sangat disediakan dan ada banyak jenis sos boleh dipandankan ikut kesesuaian bahan salad yang anda semua gunakan. Berikut ada enam jenis sos salad yang boleh anda cuba dan gunakan.
Sos Thousand Island
Sos Tousand Island antara sos popular di kalangan masyarakat Malaysia. Untuk menyediakan secara home made, anda hanya perlu campur manyones, sos cili, tomato, garam, gula, serbuk lada hitam, bawang putih cincang dan sedikit mustard. Kacau sebati, Setelah siap sos sedia dihidangkan bersama salad pilihan anda. Sesuai untuk salad jenis dedaun rangup.
Sos Blue Cheese
Sos Blue Cheese berwarana putih, teksturnya pekat dan rasa masam. Ia biasa digunakan sebagai sos pencicah untuk makanan bergoreng seperti, kentang atau ayam goreng. Jika ingin menyediakan sos ini di rumah, anda hanya perlu campurkan mayones, susu cair, yogurt, sebuk bawang Holland dan serbuk bawang putih. Kacau rata sebelum sedia dihidangkan dengan makanan yang anda goreng.
Sos Ranch Dressing
Sos ini paling disukai di kalangan masyarakat barat, berwarna putih dan mempunyai rasa khusus yang sedikit masam dan pedas. Ia adalah campuran mayones, jus lemon, bawang putih cincang, garam halus, serbuk lada hitam, buttermilk, bawang Holland, biji sawi, paprika dan herba parsly. Sos ini sesuai untuk sayuran batang dan keras teksturnya. Contoh, brokoli, lobak merah dan timun. Ia juga sesuai dijadikan sos pencicah untuk nachos dan kentang goreng.
Sos Honey Mustard
Sos ini rasanya masam, sedikit manis dan hangat lada hitam, bagi menyediakan sos ini, anda hanya perlu campurkan madu, mustard dengan tambahkan sedikit minyak zaitun. Sangat sesuai disajikan bersama makanan yang ingin digabungkan dengan rasa manis sos tersebut.
Sos Asian Penut
Sos ini sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Digunakan sebagai kuah sate dan pecal. Jika anda ingin menggunakan sebagai sos salad, tekstur perlu lebih halus. Ia menggunakan kacang tanah goreng kisar, daun limau purut, kicap manis,cili, bawang putih, bawang merah, garam dan gula secukupnya. Rasa sos ini manis pedas yang sedap.
Sos Vinaiaagrette
Sos Vinaigrette adalah sos salad paling mudah disediakan. Ia adalah campurana garam, cuka, serbuk lada hitam dan minyak zaitun atau minyak salad. Rasanya adalah masam dan sedikit pedas lada hitam. Sebagai tambahan dalam salad anda boleh campurkan paprika, hirisan bawang Holland dan jus lemon.
Walaupun semua sos ini boleh dibeli di pasaraya tetapi sesekali anda sediakan sendiri secara homemade apa salahnya…
Garam laut dan garam bukit mempunyai asas kandungan khasiat yang sama walaupun sering kali diceritakan bahawa garam bukit lebih baik untuk badan. Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.
Garam laut
Dihasilkan dengan menyejatkan air laut dan kandungan mineralnya bergantung kepada air laut itu sendiri yang bermakna ia mengandungi sodium cloride serta unsur-unsur mineral tambahan. Warna serta tahap kemasinan garam juga bergantung kepada air laut.
Garam bukit
Dihasilkan dengan melombong di bukit yang mempunyai sumber garam. Garam ini akan diproses menggunakan bahan kimia agar didalam garam itu sendiri hanya mempunyai sodium cloride serta bahan kimia tambahan yang menyebabkan tekstur lebih halus. Ia juga ditambah iodin bagi memberi keperluan iodin dalam badan manusia. Rasanya juga lebih masin serta membuatkan pemakan berasa kenyang atau kembung
Eh apa antara khasiat yang best tu?
1. Membantu proses penghadaman
Garam bukit membantu sistem penghadaman serta mengurangkan sakit perut secara semula jadi. Masukkan sedikit garam bukit dan daun pudina segar ke dalam minuman kegemaran anda.
Amalkan merasa secubit garam sebelum dan selepas makan membantu mencerna protein kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu seterusnya disalurkan melalui sistem buah pinggang.
2 Meningkatkan kadar metabolisme Pengambilan garam bukit membantu merangsang metabolisme tubuh dan meningkatkan fungsi tubuh.
3.Menstabilkan tekanan darah
Kandungan kalium yang tinggi dalam garam bukit membantu menstabilkan tekanan darah dengan mengekalkan keseimbangan tekanan darah tinggi dan rendah.
4.Merangsang sistem imunisasi
Kandungan mineral dalam garam bukit sangat membantu dalam memulihkan sistem pertahanan tubuh. Ia mampu melawan bakteria berbahaya dan mencegah dari dijangkiti penyakit.
5.Merawat resdung
Bagi sesiapa yang menderita penyakit resdung dan masalah pernafasan, berkumurlah dengan air yang dicampur dengan garam bukit. Ia dapat membantu melegakan sakit tekak, batuk kering, dan radang tonsil.
6.Bantu tidur lena
Garam bukit juga mengawal tahap melatonin, sekaligus menjadikan tidur lebih lena dan segar apabila bangu dari tidur.
7.Mengurangkan berat badan Bagi anda yang mahu mengurangkan berat badan, amalkanlah pengambilan garam bukit kerana ia mengurangkan ketagihan gula dengan mengaktifkan semula insulin, seterusnya mengurangkan berat badan.
8.Kurangkan stres
Jika mahu merehatkan tubuh dan minda untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan anda, berendamlah di dalam air yang dicampurkan dengan garam bukit.
9.Membersihkan udara
Garam bukit membantu menstabilkan dan mempertingkatkan kualiti udara. Anda hanya perlu meletakkan sebiji lampu garam bukit di dalam bilik untuk menjadikan udara lebih bersih.
10.Menyihatkan kulit
Guna garam bukit untuk membersihkan kulit dan menghapuskan liang tersumbat. Ia juga boleh mengeluarkan toksin dalam tubuh.
Campurkan sedudu garam bukit dengan pencuci muka anda, kemudian cucilah muka anda seperti biasa. Atau, anda boleh jadikannya sebagai skrub badan dengan mencampurkannya dengan madu atau lemon.
11.Mengurangkan edema
Edema adalah kewujudan air yg berlebihan pd ruang antara tisu tubuh sehingga menyebabkan bahagian yg berkenaan kelihatan bengkak. Rendam kaki ke dalam air bercampur garam bukit bagi mengurangkan bengkak.
12.Menyihatkan dan menguatkan rambut
Garam bukit akan menyingkirkan kotoran pada rambut tanpa menjejaskan kesuburannya. Cuci rambut anda dengan menggunakan shampu seperti biasa yang dicampur garam bukit.
Jadi bila dah tahu mana yang terbaik, bolehlah kita pilih yang sesuai untuk kesihatan kita kan. Apa pun, kalau memasak tu, kurangkan penggunaan garam ya.
Kalau nak dapatkan dekorasi di rumah terutamanya dapur tidak semestinya perlu beli yang baru. Kadangkala, guna barangan yang terpakai pun boleh jadi cantik. Yang penting, anda perlu sedikit kreatif untuk menggubahnya. Jika anda ada botol kaca di rumah, jangan dibuang kerana ia boleh dibuat bekas rempah ratus. Memang cantik hasil DIY oleh Fridie Yusop ini. Sangat kemas dan paling penting, menjimatkan ruang di dapur.
DIY BEKAS REMPAH GUNA BOTOL KACA TERPAKAI
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Cat spray (Spray paint)
Label sticker
Skru secukupnya
Screwdriver
L metal
Kayu
CARA-CARANYA:
1. Sembur spray paint pada keseluruhan botol serta kayu dan biarkan sehingga ia kering.
2. Pasang L metal pada kayu dan ukur botol pada kayu untuk membuat jarak lubang.
3. Skrukan penutup botol pada kayu.
4. Masukkan rempah ratus yang ada dan lekatkan label sticker pada botol.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!