Hidangan tauge Ipoh atau tauge celur ini selalu kita makan di restoren masakan Cina dan juga restoren nasi ayam yang popular di negara ini.
Walau nampak ringkas saja tapi tauge Ipoh ini memang sedap. Cuma bila ada yang cuba buat sendiri, tak menjadi pula.
Nak buat menu taugeh ini memang ada tekniknya, boleh guna cara yang dikongsi Nurul Asyikin ini.
Cara buat tauge Ipoh ala restoren The Chicken Rice Shop
Bahan-bahan:
Tauge
1 cawan air
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 kiub ayam
Minyak bijan
2 ulas bawang putih -dicincang
Daun bawang- dipotong
Cili merah dipotong
Bawang goreng
Cara membuat:
1. Celur tauge separuh masak. Kemudian toskan & bubuh dalam pinggan.
2. Sediakan 1 cawan air. Masukkan 1 sudu kicap, sos tiram, minyak bijan & 1 kiub pati ayam ke dalam cawan berisi air tadi. Kacau bagi sebati.
3. Sementara itu tumiskan seulas dua bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau.
4. Kemudian curahkan bancuhan air tadi ke dalam tumisan dan biarkan mendidih sekejap.
5. Akhir sekali siram kuah ke atas tauge yang telah dihiaskan dengan daun bawang, hirisan cili dan bawang goreng. Siap!
Selamat mencuba
Sumber: Nurul Asyikin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kari & Gulai… Lauk Kenduri Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.
Lauk kari di negeri belah Utara, dikenali juga sebagai gulai. Tak kisahlah kari ikan , ayam daging, kari memang berpisah tiada. Esok dah mula cuti sekolah mesti ada banyak kenduri kendara atau majlis perkahwinan yang berlangsung, ya tak.
Menu ‘hangat’ seperti gulai kawah daging dengan batang pisang pastinya menjadi sajian hebat di majlis penuh makna ini. Che Nuri Azmi dari Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatannya dalam resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara .
1.KARI IKAN UTARA
BAHAN-BAHAN:
- 6 kilo ikan Senangin
- 3 liter santan
- 18 sudu makan rempah kari ikan
- 3 sudu makan serbuk cili
- 3 sudu makan halba campur
- 5 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- 15 batang kacang bendi
- 4 biji tomato | belah empat
- 1 cawan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air jika perlu
- 1 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 20 ulas bawang merah | hiris halus
- 2 biji bawang putih | hiris halus
- 10 cm halia mudah | hiris halus memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan halba campur bersama daun kari hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dengan air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan aira asam jawa, diikuti santan, kemudian biarkan hingga kuah mereneh.
4. Masukkan ikan, setelah ikan masak, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum angkat, masukkan kacang bendi dan tomato.
6. Tutup api, kari sedia dihidankan.
INFO CHEF: Selain kacang bendi boleh juga masukkan terung bulat dan hirisan cili hijau.
Saiz hidangan: 45 orang.
Masa memasak:45minit.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Sayur.
Keistimewaan: Kari yang enak dan tidak begitu pedas.
2. KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg ayam | potong sederhana
- 10 biji kentang | kupas dan belah empat
- 2 liter santan
- 15 sudu makan rempah kari daging
- 4 sudu makan serbuk cili
- 5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 1 cawan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 cawan minyak untuk menumis
REMPAH PENUMIS:
- 3 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga lawang
- 10 kuntum bunga cengkih
- 10 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 10 ulas bawang merah
- 20 ulas bawang putih
- 8cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
2, Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili.
3. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam, kemudian diikuti ayam. Kacau lagi, kemudian biarkan seketika hingga isi ayam kecut.
4. Tambahkan santan, Setelah mereneh masukkan kentang.
5. Biarkan mereneh atas api sederhana sehingga kentang dan ayam empuk.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api dan kari ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika kuah kari agak pekat boleh tambahkan sedikit air panas sebelum diperasakan dengan garam dan gula.
Saiz hidangan: 40 orang.
Masa memasak:45 minit .
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.
3. GULAI TULANG IKAN MASIN TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg tulang ikan masin | potong sederhana
- 4 batang lobak merah | potong serong
- 5 biji terung bulat | belah enam
- 1 biji nanas | buang kulit dan potong sederhana
- 10 batang kacang panjang | potong 3-4cm panjang
- 5 biji kentang | belah empat
- 3 liter santan
- 1.5 liter air
- 15 sudu makan rempah kari ikan
BAHAN TUMIS DARAT:
- 5 sudu makan halba campr
- 5 biji bawang besar | hiris halus
- 20 ulas bawang putih | hiris halus
- 9cm halia muda | hiris halus
- 5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bancuh rempah kari dengan air kemudian masukan tulang ikan masin dan renehkan.
2. Setelah mendidih masukkan kentang, lobak merah dan terung, biarkan hingga kentang empuk.
3. Seterusnya masukkan kacang panjang, hirisan nanas dan santan.
4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula jika perlu (ini kerana ikan masin sudah masin).
5. Setelah cukup rasa. Tutup api.
6. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan halba campur dengan api kecil kemudin masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia.
7. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan daun kari dan tutup api.
8. Akhir sehali tuang bahan tumisan ini dalam periuk kari tulang ikan masin tadi. Kemudian segera tutup periuk bagi mengekalkan keharuman bahan tumisan,
INFO CHEF: Antara tulang ikan masin yang sesuai digunakan adalah tulang ikan merah, tulang ikan talang dan boleh juga guna ikan duri. Terserah pada cita rasa.
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:40 minit .
Cara memasak : Reneh dan tumis.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.lembut.
4. GULAI KAWAH DAGING DENGAN BATANG PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg daging | hiris nipis dan lebar
- 5 batang umbut kelapa Potong memanjang
- 1 paket rempah kari daging saiz sederhana
- 5 sudu makan serbuk cili
- 1 cawan kerisik
- 10 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 1 cawan air asam jawa
- 2.5 liter santan
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 1/2 cawan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
- 4 batang kulit kayu manis
- 8 kuntum bunga lawang
- 15 biji buah pelaga
- 15 biji bunga cengkih
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 20 ulas bawang merah
- 20 ulas bawang putih
- 8cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis bersama dengan bahan kisar serta daun kari.
2. Kacau rata hingga wangi baru masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit sehingga menjadi pes.
3. Terus kacau hingga rempah masak dan timbul minyak.
4. Masukkan daging yang telah dicuci bersih, gaul rata dan biarkan sehingga daging kecut.
5. Masukkan air dan biarkan mereneh hingga daging empuk.
6. Apabila daging empuk, masukkan umbut pisang, santan dan air asam jawa.
7. Biarkan mereneh hingga umbut pisang empuk.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas beberapa minit, tutup api. Gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain umbut pisang boleh juga guna umbut kelapa. Daging juga boleh tukar dengan ayam. Terpulang pada cita rasa.
………….
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:1 jam.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.
Terima kasih :RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Terung Bakar Santan, Resipi Abah Yang Simple & Sedap
Menu terung bakar bersantan ni, hidangan paling mudah dan ringkas untuk disediakan.
Lagi-lagi, aroma terung bakar digaul sekali dengan santan lemak, ada bau-bau bawang tu. Memang best. Kalau nak pedas, biasanya boleh letak hirisan cili.
Makan pula bersama hidangan lain seperti ikan bakar dan juga air asam. Fuhh, memang ngam habis. Jom cuba resipi daripada Adnan Mat Abu ini.
RESIPI CARA BUAT TERUNG BAKAR BERSANTAN RESIPI ABAH
BAHAN-BAHAN:
4 biji terung
2 biji bawang merah | dihiris – beli online di sini
1 genggam ikan bilis – beli online di sini
3 biji cili padi – beli online di sini
Santan daripada ½ biji kelapa parut yang diperah
1 cawan air masak
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA-CARA:
1. Mula-mula, bakar terung sehingga kehitaman.
2. Buangkan kulit terung yang hitam tadi. Potong terung supaya mudah santan untuk meresap ke dalam terung.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Hiris 2 biji bawang kecil. Tabur atas terung. Tumbuk segenggam ikan bilis bersama 3 biji cili padi. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi terung.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
4. Masukkan santan. 1/2 biji kelapa parut diperah dengan secawan air masak. Masukkan dalam mangkuk berisi terung dan perasakan dengan garam.
5. Sedia untuk dimakan bersama hidangan lain.
Kredit resipi: Adnan Bin Mat Abu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Sayur Goreng Jawa Style, Lauk Ada Sayur Pun Ada. Hidangan Lengkap & Sedap!
Sayur goreng jawa style antara masakan yang juga menjadi kegemaran ramai. Lengkap ada lauk dan sayur memang tak perlu nak buat banyak-banyak lauk.
Cara memasaknya lebih kurang seperti sambal goreng jawa cuma tidak menggunakan lengkuas dan kicap dalam masakan ini.
Sesuai kalau nak cuba buat masakan ini dan makan bersama keluarga. Orang jawa tentu dah biasa. Yang suka dengan selera jawa boleh cuba juga. Memang sedap tak menyesal orang kata.
SAYUR GORENG JAWA STYLE
BAHAN A DIKISAR HALUS):
- 1 1/2 biji bwg besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 batang serai
- Sedikit belacan
BAHAN-BAHAN B:
- 7 batang kacang panjang
- 1 plastik tempe panjang
- 2 keping tauhu
- 1 paket suhun & fucuk
- 1 biji cili merah
- 1 biji cili hijau
- 1 sudu besar cili kering kisar
- 1/2 biji santan
- Garam gula secukupnya
- Asam jawa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng tempe, tauhu dan kacang panjang
2. Tumis bahan-bahan A.
2. Sudah agak garing masukkan cili kering kisar.
3.Masak sampai pecah minyak
4. Masukkan santan,perasakan dengan garam,gula & asam jawa
5. Biarkan sehingga agak pekat dan mengelegak, kalau hendak kering sikit biarkan lagi sehingga agak kering. Sebalinya kalau suka basah.
6. Masukkan kesemua bahan yg digoreng,suhun & fucuk serta cili
7. Gaul-gaul hinggas sebati dan siap!
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nurul Fasihah Zamahidi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sambal Telur Bendi Makan Dengan Nasi Panas, Memang Ngam. Lauk Ni Pun Dah Cukup!
Resepi Terung Goreng Berlada Paling Mantap. Makan Lauk Ni Confirm Bertambah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official