Nak belajar cara-cara masak Tauhu Bergedil homemade? Sedapnya kalau dapat makan panas-panas kan? Ada pula sambal kicap. Memang makan tak henti. Kalau beli, sebiji tauhu ni RM1. Tak puas nak makan. Jadi, bolehlah cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni. Memang mudah & nampak sedap!
RESIPI TAUHU BERGEDIL
BAHAN-BAHAN:
1 paket Tauhu pop – yang biasa letak dalam kuah mi kari
5-6 biji ubi kentang – hiris nipis dan goreng
Daun sup secukupnya – hiris halus
Bawang goreng secukupnya
100gm daging cincang – digoreng
1 sudu teh garlic salt – jika ada. Boleh gantikan dengan garam biasa atau pati ayam. Jumlah ikut kesesuaian.
1 sudu teh lemon pepper – boleh guna lada hitam biasa
1-2 biji telur – dipukul
CARA MEMASAK:
1. Gunting permukaan kulit tauhu dan korek isinya. Ketepikan.
Ads
2. Kentang yang telah digoreng, ditumbuk hingga lumat.
3. Kemudian masukkan ke dalam bekas bersama dengan daging goreng, daun sup, bawang goreng, garlic salt dan lemon pepper. Jika suka, lebihan isi tauhu boleh dicampur sekali.
4. Gaul rata semua bahan dan bulat-bulatkan. Kemudian sumbat ke dalam tauhu. Buat hingga habis.
Ads
5. Kemudian salut tauhu tadi dengan telur yang telah dipukul.
6. Goreng seketika dan angkat bila nampak kekuningan dan garing. Angkat dan toskan.
7. Sedia dinikmati bersama sambal kicap.
Ads
RESIPI SAMBAL KICAP ( Jumlah bahan ikut citarasa)
BAHAN-BAHAN:
Cili merah dan cili hijau
Cili api secukupnya
Limau kasturi secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Kicap
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan sambal dan kisar halus. Kemudian simpan dalam peti sejuk untuk dapatkan kepekatan sambal yang dikehendaki.
Tak kiralah pagi atau petang, popia goreng memang snek atau kudapan yang cukup digemari, Selain popia basah, popia goreng memang kesukaan rakyat Malaysia. Satu lagi yang cukup popular adalah popia sira.
Ni min kongsikan resipi popia yang dikongsikan dari resipibbonda.my , radiatussoleha dan ciksuAdah Razali
1. POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
1 labu bawang holand | dipotong cincang
5 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam | ditumbuk halus
1 batang lobak merah | dipotong dadu
Bahan B :
50 keping @1 bungkus kulit popia
300 gm bungkus ayam cincang
1 mangkuk daging ayam | di potong cincang
1 bungkus sosej ayam | potong kecil-kecil
6 keping keju cedar
1 tin cendawan | dipotong racik
1 tin krim cendawan *cendawan atau ayam (Campbell)
Cara Membuat: 1. Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, bubuh garam dan dan kiub ayam sekali. 2. Bila dah masak, masukkan cendawan dan krim cendawan. Akhir sekali, masukkan keju dan kacau sebati. Dah boleh tutup api, masukkan dalam bekas bila dah sejuk. Cara Membungkus Popia: 1. Sediakan kepingan kulit popia, bentang kat atas pelapik atau dulang. 2. Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia tu dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dengan telur atau bancuhan tepung gandum. 3. Ulang sampai habis. Panaskan minyak goreng sampai keperangan, bolehlah angkat dan toskan. Hidangkan.
Resepi Oleh: Radia Tussoleha dari FB Group MAHN
2. POPIA INTI AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
Kulit popia
Jejari ketam (crab stick)
Keju cedar
Daun Bawang
Tepung Gandum (ejen pelekat)
BAHAN SOS :
5 biji cili masak
4 biji cili api merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
5 sudu makan cuka
6 sudu makan gula
1 sudu teh tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Biji bijan secukupnya | disangai
Cara Membuat: 1. Kisar jejari ketam bersama keju cedar. Kisar sampai bahan sebati dan bersatu. 2. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan daun bawang. 3. Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (agak-agak) untuk dijadikan gam pelekat kulit popia. 4. Masukkan isi ketam dan keju tadi dan gulung kulit popia. Ulang sehingga habis. sedia untuk menggoreng. 5. Untuk sos cili, kisar kesemua bahan kecuali tepung jagung dan bijan. 6. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung. Kepekatan ejas sendiri yer. 7. Bila dah siap menggoreng popia dan sos sudah terhidang, barulah boleh tabur biji bijan ke dalam sos supaya nampak lebih menyelerakan.
Kredit foto dan reipi : resipibonda.my
3. POPIA SIRA KARI
BAHAN-BAHAN :
2 paket kulit popia *Gulung dan gunting ikut saiz yang disukai, goreng hingga kekuningan. Sejukkan.
Bahan Sira :
3 labu bawang putih* |kisar
6 tangkai daun kari atau lebih
6sudu makan cili boh
8 sudu makan gula pasir
3sudu makan bijan
Cara Membuat: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan daun kari, tumis hingga bawang putih masak. 2. Masukkan cili boh, tumis hingga masak juga atau pecah minyak. Selalu kacau untuk elakkan bawang dan cili boh hangit. Guna api sederhana. 3. Bila dah pecah minyak, masukkan gula. Masa ni terus perlahankan api (sangat-sangat penting untuk elakkan gula hangus). 4. Kacau hingga gula larut, masukkan popia yang dah siap digoreng. Gaul sebati bagi meresap semua bahan tumis. 5. Masukkan bijan, kacau 2-3 minit. Boleh tutup. Pindahkan dalam bekas besar, sejukkan dan terus masuk dalam bekas kedap udara.
Resepi Oleh: CiksuAdah Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tauhu Bergedil Berlauk cicah Sambal Kicap memang enak. Jika pedas, lagi la laju suap di mulut. Bagi anda yang tercari-cari kudapan minum petang yang enak, cubalah resipi perkongsian saudari Aisyah Humaira ni.
Lembut, padat dan mudah kukus tanpa acuan. Makan pula panas-panas. Jom buat!
CARA MASAK TAUHU BERGEDIL BERLAUK YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN KISAR:
3 keping tauhu petak biasa
3 batang tauhu telur
2-3 biji kentang – dihiris dan digoreng terlebih dahulu – beli online disini
2 ketul kiub pati ayam – beli online disini
1 sudu kecil serbuk lada sulah – beli online disini
1 sudu kecil serbuk lada hitam – beli online disini
Suku gelas air
CARA MEMASAK:
1.Kisar semua bahan diatas hingga lumat.
BAHAN SAYUR DAN ISI:
1 mangkuk isi ayam bahagian dada – dicincang lumat (lebih baru sedap)
3 biji telur
3 tangkai daun bawang & daun sup – dihiris
1 biji lobak merah – disagat & hiris halus (optional)
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas besar yang tahan panas, tuang bahan kisar bersama semua bahan lain.
2.Kacau sebati dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.
3.Setelah sejuk, bolehlah potong kecil mengikut saiz yang digemari.
4.Celup tauhu dalam telur yang telah dipukul dan goreng dengan api sedang hingga keperangan. Siap. Sedia dimakan bersama sambal cili kicap.
RESEPI SAMBAL KICAP:
15 biji cili padi atau ikut pedas disukai
6 biji bawang putih
Kicap lemak manis
CARA MEMASAK:
1.Goreng semua bahan hingga layu dan kisar bersama kicap lemak manis hingga lumat.
Popia merupakan antara sajian ringan mudah yang puan-puan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak dan sejukbekukan. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing. Salah satu resipi popia yang sedap tular di laman web masakan ialah Popia Ayam Cendawan Berkeju ni. Memang layan habis! Jom cuba resipi perkongsian saudari Radia Tussoleha ini.
BAHAN A:
1 labu bawang holland(potong cincang)
5 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam (tumbuk halus)
1 batang lobak merah (potong dadu)
BAHAN B:
1 bungkus kulit popia (50 keping)
1 paket isi ayam cincang atau 1 mangkuk daging ayam yang dipotong cincang
1 bungkus sosej ayam (potong kecil)
1 bungkus keju (6 keping)
1 tin cendawan (potong racik)
1 tin champmbells cream (cendawan or ayam)
1biji telur atau 1cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
1 kiub ayam dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tumis bahan A sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah diikuti sosej serta isi ayam.
Kemudian masukkan garam, kiub pati ayam. Gaul rata.
Masukkan cendawan dan charambells cream.
Akhir sekali, masukkan keju. Kacau sebati dan padamkan api. Masukkan ke dalam bekas apabila sudah sejuk.
CARA MEMBUNGKUS POPIA:
Sediakan kepingan kulit popia. Sudukan 1 sudu inti di hujung kulit popia danlipat.
Lekatkan hujung kulit popia dengan menggunakan bancuhan telur atau bancuhan tepung gandum.
Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Nota:
Bahan-bahan diatas boleh menghasilkan lebih kurang 50 keping popia.
Nikmati Pak Choy Goreng Telur yang ringkas, sihat dan sangat sedap. Resipi mudah 10 minit ini padat dengan rasa umami dan sesuai untuk hidangan harian.