Makan

Cara Buat Telur Dadar Gebu & Tebal. Makan Sepotong Dah Kenyang

Share

Bila makan di restoren perasan tak telur dadar yang dibuat gebu dan tebal. Tapi bila kita msak di rumah jadi leper saja.

Untuk pengetahuan untuk buat telur dadar yang tebal ini ada bahan lain yang perlu diisi barulah menjadi. Tukang masak De Havoc

berkongsi resipi dan tip untuk hasilkan telur dadar gebu, makan sepotong pun dah kenyang.

Cara buat telur dadar gebu dan tebal

 

Bahan-bahan:

7 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
Kicap sotong
Bawang dihiris dadu
Cili – dihiris

Cara membuat:

  • Campur semua bahan, pukul biasa saja tak perlu bersungguh sambil kacip gigi.
  • Tuang minyak dalam kuali biar betul betul panas barulah masuk bancuhan telur.
  • Kalau nak bersarang, masak dengan minyak yang banyak, jika untuk jualan minyaknya biasa saja.

Hasilnya, puas makan!

 

Selamat mencuba!

Sumber: De Havoc

Published by
Rose