Telur kelapa ini boleh dianggap sebagai lauk nostalgia. Kali terakhir merasai lauk ini mungkin ketika masih kecil dimasak oleh ibu atau nenek kita.
Lauk telur ini memang jarang sangat dihidangkan pada masa kini sebab itu tak mustahil anak-anak sekarang tak pernah menikmati keenakannya. Supaya lauk ini tak hilang ditelan zaman sesekali gantikan telur dadar dengan telur kelapa.
Bahan-bahan
5 biji telur
Kelapa parut secukupnya
Bahan ditumbuk
2 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih – 2 ulas
1/2 inci kunyit hidup – stgh inci
1/2 inci halia
4 tangkai cili hijau
1. Pecahkan telur dalam bekas dan masukkan bahan tumbuk bersama kelapa parut.
2. Gaul sebati dan masukkan garam dan bahan perasa. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dan goreng telur dan balikkan selepas keperangan. Angkat dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Halimatun Saadiah