Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam.

Share

Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam yang menggunakan telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur masin tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi iaitu saudara Are Peace,  untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. 

 

TELUR AYAM MASIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 30 biji telur ayam gred B – basuh bersih dan keringkan.
  • 1kg garam kasar
  • Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)

 

CARA-CARA:

1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk. Masak hingga garam larut.

2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya. Jangan guna air garam yang masih panas kerana ia hanya akan merosakkan telur.

3. Masukkan telur yang telah dibasuh bersih  ke dalam bekas bersesuaian. Sebaiknya bekas plastik yang mempunyai penutup. Tuang air garam hingga paras menenggelamkan telur.

4. Tutup bekas dan biarkan telur masin anda di tempat gelap selama 14 hari.

5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Ia bagi mengelakkan telur terlebih masin. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.

 

INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.

Kredit resipi & foto: Are Peace

 

Nak cuba lebih banyak resipi makanan berjeruk yang boleh buat secara homemade? Klik disini.

Published by
Nur