Cara Buat Telur Mata Elok Tak Melekat.

Share

Rasanya dari anak kecil hingga dewasa semua orang suka makanTelur Mata, kerana ia lauk paling cepat dimasak dan boleh dipandankan dengan apa juga makanan dari Nasi Lemak hingga ke roti atau dimakan begitu sahaja dengan kicap. Memang sedap dan nikmat, lagi-lagi ketika masih panas. Tetapi walaupun ia nampak ringkas dan senang menyediakan telur mata, namun untuk mendapatkan telur mata yang sempurna seperti telur mata yang disediakan oleh hotel lima bintang, ada tip yang perlu anda semua ketahui.  Tipnya adalah seperti berikut:-

Guna Kuali Leper Tidak Melekat
Sekarang kebanyakan rumah mempunyai kuali non stick atau kuali tidak melekat. Jadi manfaatkan kuali ini untuk menggoreng telur mata, untuk hasil telur masak sekata gunakan kuali leper. Jika menggunakan kuali biasa, pastikan kuali tidak mudah melekat  atau menggunakan kuali khas untuk menggoreng sahaja.

Cara Goreng
Panaskan minyak menggunakan api sederhana, pecahkan telur di dalamnya, kemudian siram-siram bahagian atas telur dengan minyak supaya anda tidak perlu membalikkan telur. Gunakan api sederhana sahaja, jika kuali terlalu panas bimbang kandungan nutrisi telur akan hilang.

Tutup Kuali
Boleh juga tutup kuali dan biarkan beberapa minit, tujuannya  supaya kuning telur boleh masak tanpa perlu dibalikan  dan mengelakkan bahagian kuning telur pecah.

Angkat Telur
Angkat telur sesuai dengan tahap masak yang anda perlukan. Sama ada telur dengan kuningnya setengah masak atau masak sempurna, terpulang pada cita rasa.
Senangkan kalau ikut cara yang betul ! Orang bujang boleh amalkan tip ini.

Published by
Norasida Myasin