Buat telur rebus biasanya kita rebus guna air. Tapi kalau tak mahu guna air pun boleh. Caranya buat telur rebus guna airfryer. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Ida Shahida ini.
Bahan:
10 biji telur
Masa:
10 minit
Caranya:
1. Cuci bersih telur.
2. Terus Masukkan ke dalam ‘ basket’ airfryer
3. Guna suhu 180 masa 10 minit. Tekan ‘ start’
4. Dah tamat masa, boleh tengok elok kejadiannya. Dah boleh makan.
INFO:
Bagi telur separuh masak, gunakan suhu 160 darjah selsius dan masa 5 minit (bergantung kepada telur gedik yang inginkan). Tapi, ia bergantung kuantiti telur juga, semakin kurang, semakin sekejap masa untuk memasak.Masukkan telur yang masih panas tu ke dalam mangkuk yang berisi air. Biar terendam (boleh juga sejukkan dulu telur rebus) Kemudian boleh dikupas satu persatu. Hasilnya sangat cantik dan tiada telur yang akan terkoyak isinya.
Sumber: Ida Shahida