
Kalau nak ajar anak-anak makan sayur mungkin boleh mulakan dengan hidangan seperti ini. Terung goreng ranguo ala fries, rasanya yang sedap buatkan anak tak perasan yang dimakan adalah sayur. Enak dijadikan kudap-kudapan atau nak buat lauk pun boleh.
Cara buat terung goreng rangup ala fries
Bahan-bahan
Terung (pilih terung yang keras)- dipotong jejari
Tepung Bestari

Cara membuat
1. Gaul terung yang dipotong dengan tepung Bestari secukupnya. Biarkan terung bersalut tepung. Tak perlu tambah air
2. Panaskan minyak dan goreng. Pastikan betul-betul garing supaya hasilnya rangup, tak lembik.
3. Angkat dan tos. Sedia dimakan begitu saja.

Kredit resipi & foto: Syahirah Adnan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resepi Bagi Peminat Hidangan Terung Goreng Berlado!

Pasti ramai peminat hidangan terung goreng berlada ni kan? Resepi yang sangat mudah dan enak di makan bersama nasi panas dan hidangan-hidangan lain. Jom kita cuba resepi ni!
RESEPI TERUNG GORENG BERLADA
Bahan-Bahan:
1) Terung (dibelah)
2) 1 bawang besar (dipotong)
3) Segenggam udang kering (direndam dulu)
4) 4 biji cili merah
5) 3 ulas bawang putih
6) 1 biji bawang besar
7) Asam jawa
8) Garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
1) Gorengkan terung & kemudian ketepikan dulu
2) Tumbuk cili, bawang besar & putih & udang kering yg sudah ditoskan airnya
3) Tumiskan semua bahan tumbuk tadi
4) Masukkan sedikit air & asam jawa serta bawang potong
5) Masukkan gula & garam secukup rasa
6) Masukkan terung & gaulkan rata..Siap!

Kredit resepi: Tiara Rahman
4 Masakan Kesukaan Orang Johor. Nasi Beringin Dilupa Jangan

Siapa yang tak suka makan lauk-pauk warisan orang lama. Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka, semua rakyat Malaysia pun boleh ‘jatuh cinta’ dengan masakan ni.
Ni min kongsikan 4 sajian dari daging, sotong dan tempe. Resipi No 4 jangan lupa semak,Nasi Beringin tapi diolah sikit letak daun pudina dari hotel The Pearl KL. Resipi yang lain tu dari Bunga Lawang Cafe dan Hotel Seri Petaling, KL. Cubalah nanti, sedap teramat tau.
1. DENDENG DAGING

Bahan-bahan :
- 1 kg daging batang pinang
- 1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar
- 1/2 kg bawang besar/dikisar
- Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
- 2/3 sudu makan cuka
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Rebus daging hingga lembut.
2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang.
3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar.
5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata.
6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Dendeng boleh tahan lama, jika disimpan dalam bekas kedap udara
INFO CHEF : Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
2. SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahan :
- 6- 7 ekor sotong saiz sederhana
- *3 ulas bawang putih /ditumbuk
- *1/2 inci halia /ditumbuk kasar
- *1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
- *1 sudu teh serbuk jintan manis
- *1 sudu teh serbuk jintan putih
- *1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 labu bawang besar /dihiris bulat
- 2 – 3 batang cili hidup/ padi
- 1 batang serai /diketuk
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara memasak :
1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
2. Kemudian tos dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.
4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN :
- 300 gm hati ayam
- 200 gm kacang panjang
- 6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
- 4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
- 100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
- 100 gm fucuk | direndam dahulu
- 150 gm soo hoon | direndam dahulu
- 20 ml kicap manis
- 100 gm pes cili kering
- garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
- 200 gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam.
4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam.
5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran
Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
4. NASI BERINGIN DAUN PUDINA

BAHAN-BAHAN :
- 4 cawan beras basmathi
- 4 cawan santan /diperah dari sebiji kelapa (pekat dan cair)
- 2 sudu makan minyak sapi atau majerin
- 2 batang serai /diketuk
- 5 ulas bawang putih /dicincang
- 1 biji bawang besar /dihiris
- 1.5 sm halia /dihiris
- 2 helai daun pandan / disiat dan disimpul
- 1 batang kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 2 biji bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 sudu makan halba
- Garam secukup rasa
- 100 gm daun pudina /dikisar dengan sedikit air
CARA MEMASAK :
1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau.
3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi.
4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan.
5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api.
6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai.
7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma.
INFO CHEF : Nasi beringin sangat popular di Muar, Segamat dan Batu Pahat, Johor. Ia adalah masakan tradisi orang Johor lama.
Pucuk Ubi Goreng Ikan Bilis, Sedap Memukau

Pernah makan sayur pucuk ubi goreng dengan ikan bilis? Menu ini sedap sangat, ia pedas dan garing sesuai sangat makan dengan nasi putih dan tak perlu lauk lain lagi. Sayang sekarang agak susah nak rasa menu ini kerana tidak banyak restoran menyediakannya. Jika anda teringan mencuba boleh buat sendiri dan RASA kongsikan resipi.
PUCUK UBI GORENG BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm pucuk ubi kayu rebus
- 150 gm ikan bilis –kisar kasar
- 7 ulas bawang merah-kisar kasar
- 4 ulas bawang putih –kisar kasar
- 10-15 tangkai cili padi-kisar kasar
- Garam dan gula secukupnya
- 150 ml minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pucuk ubi, gaul rata di atas api sederhana.
3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kecilkan api dan terus kacau sehingga pucuk ubi agak kering.
5. Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan.

