Makan

Cara Buat Terung Goreng Rangup Ala Fries, Sedap Sampai Anak Tak Perasan Makan Sayur

Share

Kalau nak ajar anak-anak makan sayur mungkin boleh mulakan dengan hidangan seperti ini. Terung goreng ranguo ala fries, rasanya yang sedap buatkan anak tak perasan yang dimakan adalah sayur. Enak dijadikan kudap-kudapan atau nak buat lauk pun boleh.

Cara buat terung goreng rangup ala fries

Bahan-bahan

Terung (pilih terung yang keras)- dipotong jejari
Tepung Bestari

Cara membuat

1. Gaul terung yang dipotong dengan tepung Bestari secukupnya. Biarkan terung bersalut tepung. Tak perlu tambah air

2. Panaskan minyak dan goreng. Pastikan betul-betul garing supaya hasilnya rangup, tak lembik.

3. Angkat dan tos. Sedia dimakan begitu saja.

Kredit resipi & foto: Syahirah Adnan

 

Published by
Rose