Sarapan apa ya pagi ni? Ada yang suka makan yang berat seperti nasi lemak dan makanan bergoreng .Kalau yang suka makanan yang ringkas, roti sudah memadai. Namun roti boleh dipelbagaikan cara untuk menambah rasa yang lebih enak seperti resipi ini. Roti berinti sebegini memang tak cukup satu.

THAI BREAD CREAMY CHICKEN

Untuk bun roti:
500 gm tepung high protein/ tepung gandum
75 gm gula halus
1 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil garam
1 paket yis (11gm)-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar susu tepung

Bahan basah:
1 biji kuning telur + 30gm susu segar+ air sejuk ( jadikan 280gm semuanya )
70 gm marjerin

Inti Thai Bread Creamy Chicken:
1/2 pek isi ayam kisar
1 biji bawang Holland
3 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
1 sudu besar butter
1 cawan susu segar
2 keping keju
Sedikit cendawan butang
1 biji capsicum hijau dan merah
Lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Breadcrumb-BELI ONLINE DI SINI
1 biji telur (dipukul sedikit untuk sapu pada doh)
Daun salad

IKLAN

Cara memasak:
1.Masukkan tepung dan bahan-bahan kering yang lain ke dalam satu mangkuk besar.
2.Tuangkan bahan basah sedikit demi sedikit .
3.Uli sebati dan masukkan marjerin
4.Uli hingga jadi doh, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit.
5.Dah siap perapkan selama 40 minit sehingga doh mengembang .
6.Bila dah kembang, tumbuk-tumbukkan doh supaya angin keluar.
7.Uli lagi dan bentukkan bulat.
8.Perap doh lagi sehingga kembang semula.
9Bila dah kembang, sapukan doh dengan telur
10.Taburkan breadcrumb pada doh.
11.Panaskan minyak dengan api kecil dan goreng hingga masak

Untuk inti:
1.Panaskan butter, tumiskan bawang hingga layu.
2.Masukkan ayam dan lada hitam.
3.Bila ayam dah masak masukkan cendawan butang, capsicum
4.Masukkan susu segar dan keju.
5.Masukkan tepung jagung supaya pekat sedikit dan perasakan dengan garam.
6.Dah mendidih dan masak tutup api.
7.Ambil roti yang dah digoreng, potong tengahnya tapi jangan sampai putus.
8.Letakkan salad dan inti ayam tadi.
9.Letakkan sos cili dan mayonis.

Dah siap selamat mencuba.
Kredit: Hidayati Hana
(sumber resipi dr google)

INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.

Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland. Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je

Cara Buat Blueberi Cheese Tart Bajet, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Shepard Pie Terlajak Sedap.Cara Masak Step By Step Gerenti Jadi