Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

Tomato puree atau dalam bahasa Melayunya Puri Tomato adalah salah satu bahan masakan yang banyak gunanya dalam masakan. Jika tiba-tiba nak masak tapi stok habis, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri secara homemade. Amat mudah! Malah, tomato puree homemade perkongsian AJ Idris ini juga tahan lebih kurang seminggu. Jadi, jom lihat cara-cara pembuatannya.

 

CARA-CARA BUAT TOMATO PUREE SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tomato masak
  • Minyak zaitun secukupnya

 

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Basuh tomato dan belah dua. Asingkan isi tomato ke dalam bekas berlainan.Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

2. Buang isi tomato guna sudu macam dalam gambar di bawah.Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

3. Rebus tomato sampai mendiidh. Kemudian padamkan api. Jangan rebus lama. Tapis dan sejukkan buah tomato tadi.Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

IKLAN

4. Bila tomato dah sejuk, kupas kulit luar hingga habis.Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

5. Kisar tomato tadi hingga hancur tanpa letak air.Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

6. Masak seketika kisaran tomato tadi. Ia bertujuan untuk memekatkan puri. Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

IKLAN

7. Sejukkan puri tomato tadi dan simpan dalam bekas bersesuaian. Masukkan minyak zaitun di permukaan puri supaya tahan lama.Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

8. Jika suka, lebihan isi tomato boleh dinikmati dengan kicap. Cara Buat Tomato Puree Homemade. Mudah & Jimat.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: AJ Idris

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI