Cara Buat Tuna Eggroll Wanpaku Wraps Yang Mudah & Sedap.

Share

Sedapnya Wanpaku Wraps ni. Maklumlah, sekarang kan sedang hangat viral mengenai Wanpaku Sando. Ia merupakan sejenis sandwic stail terbaru dari Jepun yang sedang jadi kegilaan ramai di seluruh dunia. Bagi anda yang dah cuba buat Wanpaku Sando, boleh juga mencuba Wanpaku Wraps perkongsian saudari Nur Fakhira Mohd Rosli. Sangat mengenyangkan dan sesuai dijadikan sajian pada bila-bila masa.

 

RESIPI WANPAKU WRAP

BAHAN EGGROLL:

  • 3 biji telur⁣
  • 1 pokok daun bawang – hiris
  • 1 biji cili api merah – buang biji dan cincang halus)
  • Garam & serbuk lada hitam secukup rasa ⁣
  • Sedikit minyak zaitun

CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dengan daun bawang, cili api, garam dan serbuk lada hitam sampai sebati.⁣


2. Panaskan kuali non-stick. Oles sedikit minyak zaitun.
3. Tuang sedikit adunan telur. Ratakan. Kemudian gulung.


4. Tuang sedikit lagi telur, bila masak, gulung. Ulang sampai habis. Biar telur garing sikit. Angkat dan ketepikan.



BAHAN WANPAKU WRAPS:

  • Kepingan wraps secukupnya
  • Salad hijau – dibersihkan
  • Lobak merah – sagat halus
  • Kubis putih – hiris halus
  • Kubis ungu – hiris halus
  • Cili api secukupnya – buang biji & hiris memanjang
  • 1 tin tuna pedas manis
  • Eggroll yang dimasak tadi – potong dua cukup untuk 2 wanpaku wraps
  • Kepingan keju secukupnya

CARA MEMBALUT:
1. Alas plastik wrap atas loyang. Letakkan sekeping wrap. Susun salad, hirisan sayuran, eggroll, kepingan keju dan tuna.

2. Gulung dengan kemas dan padat. Gulung sekali dengan plastic wrap.


3. Potong menggunakan pisau tajam. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Nur Fakhira Mohd Rosli

Published by
Nur