Cara Buat Vadai Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam.

Share

Diperbuat dari kacang dhal dan diperasakan dengan rempah ratus yang memberikan rasa lemak pedas dengan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Kepada penggemar vadai, anda boleh cuba resipinya yang RASA kongsikan ini. Sunggup sedap.

VADAI
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan kacag dhal | cuci dan rendam sekurang-kurangnya 2 jam


1 biji bawang besar | dadu kecil
2 tangkai daun kari | hiris halus
2 tangkai cili kering | gunting halus
1 tangkai cili hijau | cincang halus
1 sudu teh biji ketumbar – kisara
1 sudu teeh jintan manis | dikisar
1 sudu teh jintan putih | kisar
½ cawan udang kering/ikan bilis | kisar

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:

  1. Cuci kacang dhal yang direndam kemudian toskannya.
  2. Ambil separuh dari kacang dhal, kisar kasar tanpa air. Ketepikan.
  3. Sebahagian lagi kisar hingga hancur, juga tanpa air.
  4. Campurkan kedua-dua bahagian kacang dhal tadi dalam mangkuk.
  5. Campurkan ke dalamnya bawang besar yang telah didadu, daun kari, cili kering, cili hijau, ketumbar, jintan manis dan udang kering/ ikan bilis kisar. Gaul rata.
  6. Bentukkan bulat, kemudian leperkan sedikit. Lakukan hingga selesai.
  7. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  8. Goreng vadai hingga kuning keperangan.
  9. Angkat, tos dan sedia dihidangkan.
Published by
webadmin