Lempeng ni bukan sahaja sesuai dimakan sewaktu sarapan bahkan bila-bila masa pun boleh. Agak-agak rasa lapar je, boleh bancuh lempeng. Lagi mengenyangkan dan lebih baik dari makanan segera lain yang tinggi kandungan garam dan gulanya. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba.

 

LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 3 senduk tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil mauripan
  • 2-3 sudu gula
  • Sedikit garam
  • 2-3 cawan air
    (adunan tak cair & tak pekat sangat)

 

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.

Cara-Cara Bancuh Adunan Lempeng Supaya Hasilnya Gebu & Sedap.
2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.

Cara-Cara Bancuh Adunan Lempeng Supaya Hasilnya Gebu & Sedap.
3. Angkat dan enak dinikmati bersama sambal tumis atau susu pekat manis.

Cara-Cara Bancuh Adunan Lempeng Supaya Hasilnya Gebu & Sedap.

 

Ads

Nota: Lempeng ini juga sedap dimakan bersama kelapa parut.

Kredit resipi & foto: Kaseh Sery

 

Ads

CUBA JUGA RESIPI LEMPENG SEDAP INI:

Beng Chiau Champa, Lempeng Berinti Super Sedap Dari Cambodia Yang Wajib Anda Cuba

http://www.rasa.my/sambal-telur-hancur-sempoi-boleh-makan-dengan-nasi-putih-lempeng-roti-sebagai-perencah-nasi-goreng/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI