Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi untuk dapatkan serat-serat yang rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Murni Rahmat ni. Moga bermanfaat!
AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP
Ads
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam – potong besar-besar
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- Cili kering / serbuk cili – kuantiti cili kering / serbuk cili ikut citarasa masing-masing. Kalau tak nak letak pun tak apa.
- 3 batang serai
- 1 sudu makan ketumbar
- 1/2 sudu makan jintan manis
- 3 biji buah keras – tak letak pun tak apa
- 2 biji telur ayam
- Sedikit asam jawa pekat
BAHAN PERAP AYAM:
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 sudu makan tepung beras
- 1 sudu makan tepung jagung
- Garam
- Sedikit daun kari
- Secubit gula
- Sedikit serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Ads
- Satukan bahan kisar dan blend halus. Sebaiknya jangan masukkan air. Jika perlu, hanya setakat untuk membolehkan mata pengisar berpusing.
- Bersihkan ayam dan gaul menggunakan bahan kisar dan bahan perap. Biarkan selama 30 minit. Lagi sedap biarkan satu malam.
- Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana dan masukkan ayam. Tutup kuali dengan penutup periuk sewaktu menggoreng.
- 2-3 minit sebelum ayam diangkat kena buka tutup periuk. Kaedah ini untuk mendapatkan ayam goreng yang rangup tapi berjus didalam.
- Untuk dapatkan serat yang garing, bila dah siap goreng semua ayam, ambilserdak-serdak yang tinggal dan goreng dengan api sederhana.
- Masa tengah goreng tu, kacau-kacauserdak supaya tidak bergumpal atau berketul. Bila dah garing, angkat, tos dan tabur pada ayam goreng tadi.
Nota: Selepas goreng ayam, rehatkan lebih kurang 5-10 minit sebelum dipotong sebab kita taknak ada darah yang keluar lepas ayam dipotong. Selamat mencuba!
Ads
Kredit resipi & foto: Murni Rahmat
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI