Resipi Ayam Goreng Macam Di Restoran Fast Food Tapi Hanya Guna Tepung Gandum & Tepung Jagung.

Share

Bagi anda yang gemar makan ayam goreng seakan yang dijual di restoran makanan segera popular tu, anda kini boleh hasilkan sendiri di rumah secara homemade. Bahan-bahan simple dan ternyata boleh jimat. Resipi ini adalah olahan oleh Suhaida Zainudi.

RESEPI AYAM GORENG ALA RESTORAN MAKANAN SEGERA

BAHAN PERAP:

1/2 ekor ayam yang dipotong – rebus, tos dan sejukkan


4- 5 ulas bawang putih – tumbuk
1/2 paket kecil serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari ayam atau perencah maggi kari
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh perencah cukup rasa
Secubit soda bikarbonat
Sedikit air

BAHAN SALUT AYAM A:

  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji telur (pukul dulu)

BAHAN SALUT AYAM B ( DISATUKAN):

  • 2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit soda bikarbonat

CARA – CARA PENYEDIAAN:

  1. Ambil ayam yang telah direbus dan gaul dengan bahan perap. Biarkan selama 1 jam.
  2. Pukul telur bersama serbuk cili kemudian salutkan ayam.
  3. Kemudian letakkan ayam dalam bekas berisi bahan salut B. Salut hingga sekata. Tekan ayam pada tepung berulang kali.
  4. Angkat ayam dan salut sekali lagi dalam mangkuk berisi bahan salut A diikuti golekkan ayam dalam bekas berisi bahan salut B.
  5. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam guna api sederhana selama 10-15 minit. PAstikan minyak penuh dan menutupi ayam.
  6. Angkat dan sedia untik dinikmati. Enak dimakan bersama kentang putar dan coleslaw.

Kredit resipi & foto: Suhaida Zainudi

CUBA JUGA:

 

Published by
Nur