
Anda penggemar ayam goreng? Dapat yang garing memang layan habis! Tapi kalau beli dari restoran makanan segera, harganya memang mahal. Makan pun tak puas. Nah, cuba resipi bancuhan tepung ayam goreng ni. Boleh buat sendiri. Lagi jimat dan boleh makan banyak-banyak.
AYAM RANGUP KRUKKK KRAKKK!!

BAHAN-BAHAN ( untuk 1 ekor ayam)
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sudu makan serbuk kunyit
- 3 sudu makan rempah kari
- Cili padi kisar ( jika nak pedas)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan diatas. Gaul sebati.
- Bahagikan tepung kepada dua bahagian. 1 bahagian tepung dibancuh dengan air. Jangan buat terlalu cair. Jika guna tepung pekat, ayam lagi rangup.
- Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung basah. Jangan perap lama kerana nanti keras.
- Kemudian gaulkan dalam tepung kering hingga rata.
- Panaskan minyak guna api sederhana. Goreng hingga masak.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Cik Zana II
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rahsia Ayam Kam Heong Ala Restoran. Masak Kat Rumah Pun Jadi!

Sedapnya Ayam Kam Heong ni. Kalau makan di restoran, mahal juga. Tak puas makan. Jadi hari ni RASA nak kongsi resipi perkongsian dari Dani Shoppe’s yang anda boleh try masak di rumah. Selain ayam, menu ni juga boleh menggunakan udang atau lala. Hmmm…bestnya! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM KAM HEONG SEDAP

BAHAN A:
- 1/2 ekor ayam (paha & isi dada) – cuci bersih & toskan
- Garam
- Serbuk kunyit – beli online disini
- Minyak masak secukupnya
BAHAN B:
- 6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bawang merah besar – hiris halus – beli online disini
- 5 ulas bawang putih – ketuk / cincang kasar – beli online disini
- 1 sudu makan serbuk kari – beli online disini
- Cili padi secukupnya – beli online disini
- Sedikit udang kering – jika suka ( empunya resipi tak letak) – beli online disini
- Sedikit halia – ditumbuk lumat
- Daun kari
- Sos tiram – beli online disini
- Kicap manis – beli online disini
- Sedikit garam dan gula

CARA MEMASAK AYAM KAM HEONG:
1. Buang tulang ayam bahagian paha, hiris isinya jadi ketulan kecil.
2. Perap ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
4. Untuk menyediakan sos, ambil 3-4 sudu makan minyak gorengan ayam dan masukkan dalam kuali.
5. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering sampai naik bau dan sedikit keperangan.

6. Masukkan serbuk kari dan sedikit sahaja air. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun boleh.

8. Jika suka, boleh tambahkan 1 sudu makan sos cili. Kacau sebati. Kalau sos kering sangat, tambah 2-3 sudu makan air.
9. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.

10. Rasa sos. Jika kurang rasa baru tambahkan garam dan sedikit gula.
11. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak dan sempurna rasa masin, manis dan pedas.
12. Angkat dan Ayam Kam Heong sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Dani Shoppe’s
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera
Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.
Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

Ayam Masak Kunyit Halia, menu ringkas dan mudah untuk disediakan. Cukup rasanya kalau makan dengan nasi panas pasti bertambah.
Menu yang mungkin nampak biasa-biasa tapi bila makan, cukup lauk ni sahaja makan pula dengan sambal belacan, memang terangkat habis!
Nak sediakan hidangan ini juga cukup mudah, kalau buntu nak masak lauk apa, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Habeebah Md Daud. Nak tukar ayam dengan daging pun boleh.
RESIPI AYAM MASAK KUNYIT HALIA

BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil secukup rasa Maggi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam – BELI ONLINE
1 senduk/2 sudu besar cili boh
1 ibu jari halia (hiris) – BELI ONLINE
1 keping asam keping – BELI ONLINE
1/2 cawan minyak masak – BELI ONLINE
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN:
Bawang besar dan cili merah (dihiris)

CARA MEMBUAT:
1. 1/2 ekor ayam potong kecil-kecil, bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan. Jangan lupa, masukkan air dalam 1 1/2 cawan (bagi ayam separa tenggelam) untuk rebuskan dengan bahan-bahan.
3. Rebuskan ayam dalam 10-15 minit sehingga air rebusan ayam kering, api perlahankan.
4. Perasakan ikut cara masing-masing. Nak lebihkan gula dan garam, ikut suka.
5. Hiris bahan hiasan. Sediakan 1/2 cawan minyak masak.
6. Masukkan minyak masak, api perlahan. Masak dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering.
7. Akhir sekali masukkan bawang serta cili. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
Sumber kredit: Habeebah Md Daud
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Bakar Paling Mudah & Sedap. Gaul Dengan Sos Apa Ada, Bakar Dalam Oven
Resipi Ayam Goreng Kunyit Paling Mudah. Yang Tak Terer Masak Pun Confirm Menjadi!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
3 Resipi Ayam Panggang Homemade Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

Ayam panggang homemade ala restoran ni memang sedap. Makan dengan nasi boleh, kalau nak hidang bersama kentang atau sayur-sayuran je pun layan. Tak perlu dah bayar mahal-mahal sebab anda pun boleh buat sendiri. Jom cuba! Anak-anak pasti suka.
RESIPI AYAM PANGGANG HOMEMADE
1. BBQ HONEY CHICKEN WINGS

BAHAN-BAHAN:
- 8 ketul kepak ayam
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 sudu makan sos lada hitam
- 3 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan madu
- 2 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan minyak jagung
- Garam secukup rasa
- Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam
CARA MEMASAK:
- Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
- Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
- Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.
2. GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN

BAHAN-BAHAN:
- 8 keping bahagian paha ayam
- 1 cawan yogurt putih
- 4 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3 cm halia | cincang
- 1 biji cili hijau
- 1/2 sudu teh kunyit
- 3/4 sudu teh serbuk cili
- 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
- 3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
- Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
- Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
- Bakar hingga masak. Boleh guna ketuhar ( suhu 200c selama 15-20 minit atau hingga masak) atau pemanggang ajaib.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.
3. BBQ DRUMSTIK

BAHAN-BAHAN:
- 4-6 ketul paha ayam
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 sudu makan sos lada hitam
- 3 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan sos BBQ
- 2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
- Bersihkan paha ayam dan toskan.
- Gaul semua bahan bersama paha ayam.
- Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
- Bakar sehingga masak atau kekuningan.
- Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.
INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan isi.

