Bahulu adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jika dulu-dulu, kuih ni dibakar menggunakan sabut namun sekarang anda boleh hasilkannnya hanya dengan menggunakan ketuhar elektrik. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas. Jom cuba!

 

BAHULU CERMAI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 5 biji telur – gred A, B atau C
  • Sedikit esen vanilla

CARA MEMASAK:

1. Satukan telur dan gula. Kemudian pukul guna pengadun selama 5 minit hingga kembang pekat.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi selama 2 minit. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.

3. Panaskan ketuhar dan acuan terlebih dahulu pada suhu 200C selama 10 minit. Acuan perlu dipanaskan buat kali pertama sahaja bagi tujuan supaya bahulu tidak melekat.

4. Sapu minyak masak pada acuan dan tuang adunan bahulu tadi.

Cara-Cara Buat Bahulu Cermai Secara Homemade.

5. Bakar pada suhu 200C selama 12 minit. Letak acuan di atas tray pemanggang pada bahagian tengah ketuhar. Bakar guna api atas bawah.

Ads

Cara-Cara Buat Bahulu Cermai Secara Homemade.

6. Bila masak, keluarkan bahulu dan sejukkan. Sapu minyak pada acuan dan tuang kembali adunan. Ulang langkah sampai habis. Satu adunan akan dapat dalam 48 biji bahulu.

Cara-Cara Buat Bahulu Cermai Secara Homemade.

Ads

7. Sedia untuk dihidangkan.

Cara-Cara Buat Bahulu Cermai Secara Homemade.

Kredit resipi & foto: Nor Afidah Puan Fida

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI